Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

Lebih RM270 juta untuk PPRT tahun ini

13th February, 2018

PUTATAN: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM271.6 juta bagi pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negara tahun ini yang akan memberi manfaat kepada 16,547 ketua isi rumah.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata melalui peruntukan itu, sebanyak 608 unit PPRT adalah yang dibina baharu manakala selebihnya 5,521 unit lagi adalah untuk dibaik pulih.

Katanya daripada jumlah peruntukan berkenaan, RM65, 998,800 adalah untuk projek PPRT di Sabah melibatkan 252 unit bina baharu dengan kos RM17,110,800 dan 3,259 unit lagi dengan kos RM48,888,000 adalah baik pulih.

“Untuk projek PPRT 2018, kita dah mulakan dengan segera. Semua mesti disiapkan sebelum akhir tahun 2018. Kalau projek baik pulih, kita harap (sebuah rumah) boleh siap dalam sebulan. Kadang-kadang rumah yang perlu kita baik pulih itu biasanya teruk seperti atap bocor. Jadi kita tidak boleh tunggu lama.

“Sebaik sahaja kerja dianugerahkan, projek mesti disiapkan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan kunci tiga buah rumah PPRT kepada tiga penerima di Kampung Muhibah di sini kelmarin. Turut hadir Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah.

Setiap rumah yang dilengkapi tiga buah bilik, bilik mandi, bilik air, dapur dan ruang tamu itu bernilai RM68, 000. Menurut Ismail Sabri, antara tahun 2014 hingga 2017, KKLW telah membina 12,552 unit PPRT dengan 3,936 unit adalah bina baharu manakala 8,616 unit lagi adalah baik pulih dengan kos RM321,492,000 dan telah memberi manfaat kepada 43,080 ketua isi rumah.

“Dari segi projek PPRT (2018) ini, tidak ada istilah terbengkalai. Sekarang ini, KKLW telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama antara KKLW dengan kerajaan negeri Sabah. Jadi setiap projek yang dirancang akan dibincangkan bersama dan pemantauan dibuat secara bersama. Kalau timbul masalah, kita selesaikan bersama,” katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata , Sabah dan Sarawak memperoleh 52.7 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan KKLW manakala 47 peratus lagi adalah untuk Semenanjung yang dibahagikan kepada 11 buah negeri.

Sebelum itu Ismail Sabri melawat Maahad Tahfiz Wal-Tarbiyah Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang untuk menyampikan bantuan kepada guru dan para pelajar di Mahhad Tahfiz itu.

Berucap pada majlis iru beliau berkata sebanyak 457 pusat Tahfiz di seluruh negara telah siap diselenggara oleh GiatMara sehingga 10 Feb lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 718 pusat Tahfiz yang perlu disiapkan dalam fasa pertama dengan peruntukan sebanyak RM30 juta daripada kerajaan.

“Selebihnya pusat Tahfiz berkenaan dijangka siap diselenggara hujung Mac depan. Kebanyakan daripada 718 pusat Tahfiz berkenaan adalah tidak berdaftar dan fokus utama pada fasa pertama adalah kerja pendawaian semula.

“Kita mendahulukan pusat Tahfiz yang tidak berdaftar kerana pusat Tahfiz berkenaan kebanyakannya tidak mengikut piawaian yang ditetapkan berbanding pusat Tahfiz yang telah berdaftar. Kita tidak mementingkan sama ada pusat Tahfiz itu berdaftar atau tidak..yang penting adalah keselamatan pelajar,” katanya. Turut hadir pada majlis itu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif.

   
Email Print
   
 
 
E-browse