Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

Pandu Puteri rancang laksana aktiviti menarik tahun ini

13th February, 2018

KOTA KINABALU: Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah merancang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun ini termasuk program komuniti.

Ketua Pesuruhjaya Cawangan Norma Datuk Hj. Jaffar berkata, persatuan akan memastikan semua program yang dirancang memberi impak positif kepada kumpulan sasaran sama ada ahli atau masyarakat umum.

“Bagi tahun ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dan terbaru adalah seminar Integriti Pandu Puteri pada 20 Januari lalu yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Anti Rasuah Malaysia Cawangan Sabah.

“Selain itu program komuniti dan sukan turut dirancang untuk dilaksanakan tahun ini bagi membolehkan ahli-ahli persatuan memberikan sumbangan khidmat masyarakat kepada masyarakat awam dan juga menjaga kesihatan anggota.

“Kita juga akan meneruskan aktiviti wajib setiap tahun seperti perkhemahan dan kursus bagi memberikan ilmu pengetahuan tentang Pandu Puteri kepada ahli-ahli persatuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Pandu Puteri Malaysia Peringkat Negeri, di Hotel Promenade, di sini, baru-baru ini.

Norma berkata, persatuan itu akan mengadakan Karnival Hari Peringatan Pandu Puteri peringkat negeri pada 3 Mac depan, di Wisma Pandu Puteri.

“Program ini dijangka akan menghimpunkan seramai 700 ahli dan pemimpin dengan melaksanakan pelbagai aktiviti bersesuaian cita rasa remaja belia wanita masa kini,” katanya.

Katanya, sebelum ini persatuan berjaya melaksanakan aktiviti ‘turun padang’ seperti membantu mangsa gempa bumi pada 2015 dan juga mangsa banjir seperti mengedarkan air minuman dan membekalkan pakaian serta keperluan asas lain.

“Walaupun bantuan ini tidak kelihatan besar namun ia pasti memberikan impak kepada golongan yang menerima bantuan.

“Aktiviti kemasyarakatan berasaskan pendidikan, kemahiran dan menjalin hubungan contohnya dengan kumpulan ibu tunggal, warga tua dan sebagainya menunjukkan persatuan ini amat prihatin terhadap golongan berkenaan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua Pesurujaya Daerah kerana memberi perhatian kepada para pemimpin di daerah masing-masing dan memberikan penilaian dan pengiktirafan kepada mereka sesuai dengan sumbangan khidmat dan kerja-kerja kesukarelaan sama ada di peringkat daerah mahupun peringkat negeri.

“Ini juga merupakan insentif kepada para pemimpin untuk terus bersemangat dalam kerja-kerja kesukarelaan,” katanya.

Turut hadir, Penaung Negeri Toh Puan Hajah Norlidah R.M.Jasni, Penasihat Kehormat Puan Sri Hajah Faridah Hj.Tussin, Yang Di Pertua Puan Seri Naomi Chong, Naib Presiden I Pang Su Lee, Naib Presiden II Kartini Datuk Hj.Arif, Timbalan KPC II Dr.Janice Nga dan Pesurujaya Ibu Pejabat Tugas-Tugas Khas Cik Patricia Fong. Pada majlis itu seramai 18 orang menerima Pingat dan Lencana Kecekapan Pemimpin. -OLEH MARRYAN RAZAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse