Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

Kanak-kanak perempuan hilang ditemui lemas

13th February, 2018

RANAU: Seorang kanak-kanak perempuan berumur satu tahun yang disedari hilang oleh ibu bapanya ditemui lemas di sebuah sungai berhampiran rumah keluarga mereka dekat sini pada hari Isnin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau, Jimmy Lagung berkata insiden itu berlaku di kawasan perumahan berhampiran Loji Rawatan Air Jabatan Air Ranau yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Balai Bomba pada kira-kira pukul 10.00 pagi.

“Kami menerima panggilan memaklumkan bahawa mangsa, Adriellabetti Binti Sfanis Maing, hilang dari rumahnya, dan ibunya memaklumkan kepada jiran mereka yang seterusnya memaklumkan pihak kami.

“Kami menggegaskan sepasukan 10 penyelamat ke tempat kejadian dengan bantuan enam anggota dari APM. Operasi mencari dan menyelamat berlangsung selama hampir empat jam di Sungai Liwagu, di mana kawasan carian kami merentang hingga 3 kilometer ke hilir.

“Namun kira-kira pukul 1.48 petang, salah seorang penyelamat berjaya menemui mayat kanak-kanak itu kira-kira 500 meter dari rumahnya. Tubuh itu tersepit di antara dua bongkah batu di Sungai Liwagu,” katanya.

Jimmy berkata, mayat itu diserahkan kepada polis, yang mengesahkan bahawa mangsa telah mati kerana lemas.

Sementara itu, beliau juga menasihati orang ramai di sini, terutamanya ibu bapa untuk mengawasi kanak-kanak kecil yang cenderung untuk pergi berenang, terutamanya semasa cuaca panas yang sedang berlaku sekarang.

“Kami tidak mahu insiden serupa berulang. Kanak-kanak kecil mesti dijaga setiap masa dan tidak dibiarkan, terutama di kawasan yang risiko keselamatan tinggi. Ini juga merupakan peringatan kepada remaja dan orang dewasa. Kita mesti mengutamakan keselamatan pada setiap masa,” katanya. -OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse