Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Hampi 5,000 hadiri ceramah perdana DUKE

13th February, 2018

PITAS: Dianggarkan hampir 5,00 masyarakat berbilang kaum dari daerah Pitas, Kota Marudu, Pulau Banggi, Kudat, Matunggong, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Ranau, Sandakan, Keningau dan sekitarnya membanjiri perkarangan dan Dewan Baharu Majlis Daerah Pitas dekat sini kelmarin mendengar dan melihat secara langsung ceramah perdana yang disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi di negara ini Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE).

Program pertama kali diadakan di daerah ini dianjurkan oleh Badan Dakwah Daerah Pitas kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) negeri Sabah.

Ketika berucap di majlis itu, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sabah Ustaz Haji Samin Ongki antara lain berkata, ceramah perdana ini diadakan sebagai satu pendekatan kepada masyarakat muslim agar lebih bersatu padu dan menanamkan sifat menimba ilmu yang lebih mendalam daripada seorang guru yang sangat berilmu.

Ustaz Kazim dalam ceramahnya menyeru agar umat Islam tidak lupa tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah SWT dan jika menghadapi kemusykilan tentang ilmu maka kembalilah kepada kitab suci Allah SWT iaitu al Quran dan Hadis Rasulullah SAW agar tidak tersesat.

Katanya, sama ada pemimpin mahu pun masyarakat biasa dinasihatkan jangan memboikot kerja yang dilaksanakan oleh orang lain semata-mata mahu mencari nama atau kepentingan diri.

“Sebagai seorang Wakil Rakyat atau pemimpin rakyat dimana saja berada digesa supaya sering masuk kampung melihat dan mengetahui sendiri permasalahan rakyat dibawah jagaan mereka,” katanya.

Sementara itu beliau juga turut menekankan terhadap pasangan suami isteri wajib melaksanakan tanggungjawab terhadap rumah tangga, sentiasa mengawasi anak-anak demi kemajuan mereka dalam bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan yang berguna demi masa depan.

Tambahnya, sebagai hamba Allah SWT yang merdeka, harus menziarahi orang sakit sama ada di rumah atau hospital tanpa mengambil kira agama, adat resam dan budaya mereka sesungguhnya mereka juga hamba Allah SWT dan semuanya ini adalah tanggungjawab kita.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas, Ketua Umno Bahagian dan Pengerusi BN Parlimen Kudat Datuk Bolkiah Haji Ismail, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah Pitas dan Pengerusi bersama, Haji Bakri Haji Nanun, Ahli Parlimen Kudat Datuk Haji Abdul Rahim Bakri, Pengerusi KO Nelayan yang juga Adun Banggi dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kudat Datuk Abdul Mijul Haji Unaini, Ketua Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Swasta dan pemimpin setempat yang lain. OLEH AJM

   
Email Print
   
 
 
E-browse