Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pertisa dan VOKfm yakin hubungan baik beri manfaat pada artis |  12 sikul id Tuaran kotoimo sakadai RM1 bilion |  Pisokodungan ogirot kapanahak koundaran kumaa artis nokoiyonon |  Seri Mengasih Centre expected to relocate by December |  Masyarakat perlu sentiasa bekerjasama membantu usaha perangi wabak denggi |  Kekaumas berjaya adakan program Sembang Santai bersama No’man |  Ketua Menteri akan rasmi Pesta Gambus Peringkat Negeri Ahad ini |  Pengampunan 2.0 diadakan di Inanam 24 dan 25 Feb ini |  Institusi JKKK penting tarik penglibatan rakyat majukan luar bandar: Musa |  Winning start for Juniors |  Jesselton Reds anniversary dinner on March 17 |  Luton A outgun Luton C in decider |  Football legends can transform youngsters into better players |  A clinical psychologist in East Malaysia |  Brazen street brawl caught police attention | 
 BM

PBSS pelihara budaya, bahasa dan adat resam Bajau Sama

13th February, 2018

KOTA BELUD: Persatuan Bajau Sama Sabah (PBSS) ditubuhkan semata-mata untuk memelihara budaya, bahasa dan adat-resam suku kaum Bajau Sama selain menyatupadukan kaum itu.

Demikian menurut Presiden PBSS, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor ketika beliau merasmikan PBSS Cawangan Daerah Kota Belud di Kg Taun Gusi di sini, kelmarin.

Hajiji menerangkan bahawa tidak timbul soal saing-menyiang diantara PBSS dengan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat yang sama seperti USBO dan PSS.

“Kita akui Datuk Seri Salleh Said, Tan Sri Pandikar Amin dan Datuk Abdullah Sibil sebagai pemimpin masyarakat tempatan khususnya di Kota Belud.

“Bahkan kita selalu saling berbincang bagaimana hendak menaikan martabat atau status suku kaum Bajau Sama mahupun Iranun. Tiada masalah,” tambahnya.

Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menjelaskan bahawa tujuan utama PBSS adalah semata-mata supaya budaya, bahasa dan adat-resam suku kaum Bajau Sama tidak ditelan zaman terutama sekali dikalangan muda-mudi.

“Misalnya, kita mahu supaya belia dan beliawanis kita pandai bercakap bahasa Bajau Sama, pandai main Betitik, pandai menari Berunsai, pandai masak Penjaram, pandai bermain Sepak Manggis dan sebagainya supaya kaum ini duduk bersama rendah dan berdiri bersama tinggi dengan suku kaum lain. Itu sahaja,” jelas beliau.

Sementara itu, Hajiji menyifatkan Kota Belud sebagai ibu kota suku kaum Bajau Sama. “Kota Belud adalah ‘power house’ Bajau Sama sama seperti Penampang adalah ‘heartland’ suku kaum Kadazan.

“Segala-galanya mengenai Bajau Sama berpusat di Kota Belud baik dari segi bahasa, budaya dan sebagainya. “Kota Belud adalah Bajau Sama dan Bajau Sama adalah Kota Belud,” katanya, sambil mengambil kira bahawa juga terdapat kaum-kaum lain di Daerah itu seperti Kadazandusun.

Beliau menambah bahawa Kota Belud juga sinonim dengan penunggang-penunggang kuda yang terkenal sebagai ‘Bajau Horsemen’ atau ‘Cowboys of the East.

“Bahkan, Bajau Horsemen Kota Belud ini begitu terkenal sehingga pernah dijemput ke Kuala Lumpur untuk mengambil bahagian dalam perbarisan semasa sambutan atau perayaan besar seperti Hari Kebangsaan dan sebagainya,” tambah beliau.

Sebelum itu, Hajiji diiringi Timbalan Presiden PBSS, Datuk Musbah Jamli tiba di tapak perasmian dengan menaiki kereta Usungan yang didahului oleh beberapa orang penunggang kuda.

Turut mengiringi Hajiji ialah Naib Presiden PBSS, Datuk Japlin Akim dan Pengerusi PBSS Kota Belud, Idris Nanti. Hadir menyaksikan perasmian itu ialah wakil-wakil dari persatuan ethnik Kota Belud yang lain seperti Presiden PERISA, Datuk Almudin Kaidah; Presiden USTO, James Bagah dan Setiausaha Agung PSS, Ismail Yusuf.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PBSS, Kassim Razali serta beberapa orang pengerusi cawangan PBSS dari seluruh Sabah.

Mereka terdiri dari Hj Noorzain Tawi (Tuaran), Matrudin Radin (Kuala Penyu), Jasni Eser (Pulau Banggi), Aftar Nurajat (Tawau), Hj Muhammad Tasan (Pitas), Datu Ariffin Datu Ibrahaim (Kudat), Hj Raisin Gagah (Tenghilan), Hj Awang Dullah (Tamparuli), dan Dato’ Hussein Oyong (Kota Marudu).

   
Email Print
   
 
 
E-browse