Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Polis tembak mati penjenayah di Jalan KKIP Sepanggar

14th February, 2018

KOTA KINABALU: Polis menembak mati seorang lelaki dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Sepanggar dekat sini awal pagi kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid dalam kejadian pukul 2 pagi itu, polis yang sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah di kawasan Jalan 1Borneo telah terserempak dengan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika cuba ditahan suspek berkenaan melarikan diri dan polis mengejar penjenayah tersebut. Apabila sampai di Jalan KKIP suspek telah terbabas, sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Anggota polis kemudian melepaskan tembakan ke arah suspek terbabit bagi mempertahankan diri, menyebabkan suspek mati di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemukan sepucuk pistol revolver .38, lima butir peluru hidup, tiga kelongsong peluru, dan tiga lagi peluru hidup di poket seluar suspek berkenaan.

“Turut ditemui sebuah beg sandang berisi beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pecah rumah,” katanya.

Razarudin berkata polis sedang mengenal pasti identiti suspek dan cap jari suspek telah dihantar ke Bukit Aman untuk memastikan sama ada lelaki itu warganegara Malaysia atau tidak.

“Hasil siasatan juga mendapati motosikal yang digunakan suspek telah dilaporkan hilang di Tamparuli 5 Feb lepas,” katanya.

Beliau berkata penglibatan dan rekod jenayah suspek akan diketahui apabila identitinya dikenal pasti dan kes itu disiasat di bawah seksyen 307 kanun keseksaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse