Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pemeriksaan premis makanan amalan biasa, kata Yunus Rajah |  Lebih 1,000 guru seluruh Sabah meriahkan 'Sodop Pisompuruan' |  Pengawas Pusat Sumber SK Lubok Temiang ikuti Bengkel Asas Photoshop |  KA TAZ main peranan penting bendung penculikan di perairan timur Sabah |  Penjara Sandakan adakan jualan produk bermula 21 April ini |  PRU14: BN masih pilihan penduduk DUN Paginatan |  Kaum Dusun pedalaman Sabah masih perlukan BN |  Zahid akan lawat Bongawan Isnin ini |  Lebuh Raya Pan Borneo pemangkin kemajuan ekonomi di Sabah: Musa |  Organiser targets RM50,000 from charity golf tournament |  Over 450 athletes for Sabah Masters Open |  Junior Rhinos suffer first home defeat |  UMS inks MOU towards industrial relevance |  Harbour Mall, Four Points by Sheraton Sandakan successful fire drill |  High Court hastens case with bearing on Shafie candidacy | 
 BM

Bekas pengarah Jabatan Air, isteri fail permohonan semakan

14th February, 2018

KOTA KINABALU: Seorang bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dan isterinya memfailkan permohonan kebenaran bagi pendengaran semakan kehakiman untuk mengetepikan kesemua tuduhan terhadap mereka.

Tanpa kehadiran pemohon, peguam yang mewakili mereka, Marcel Jude Joseph memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa kelmarin telah ditetapkan bagi mendengar semakan kehakiman itu, tetapi anak guamnya, Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 54, dan isteri, Fauziah Piut, 51, ingin tahu sama ada Jabatan Peguam Negara mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan semakan kehakiman mereka.

Peguam Kanan Persekutuan Andi Razali Jaya memohon dua minggu untuk pendengaran sementara menunggu respons daripada Jabatan Peguam Negara.

Hakim P. Ravinthran menangguhkan pendengaran bagi semakan itu kepada 27 Feb.

Dalam permohonan mereka, Ag Mohd Tahir dan Fauziah menamakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sebagai responden pertama, manakala pengarah dan bahagian pendakwaan suruhanjaya itu masing-masing sebagai responden kedua dan ketiga.

Ag Mohd Tahir dan Fauziah memohon perintah certiorari bagi mengetepikan kesemua dakwaan terhadap mereka atas alasan SPRM telah bertindak ultra vires terhadap peruntukan berkenaan di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 dan Perkara 5(1) dan 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam permohonan itu, kedua-dua pemohon mendakwa SPRM telah melanggar peraturan dan undang-undang asasi apabila suruhanjaya itu secara salah dan tidak wajar mendedahkan kepada umum serta akhbar bahawa barang berkenaan, termasuk wang tunai yang dirampas SPRM pada 4 Okt 2016, antaranya adalah kepunyaan Ag Mohd Tahir, walaupun pada hakikatnya, tuduhan dan kesalahan yang dilakukan belum dibuktikan di mahkamah.

Kedua-dua pemohon itu, bersama-sama penasihat Kementerian Kewangan Negeri Lim Lam Beng, 62, mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan penggubahan wang haram melibatkan RM61.57 juta.

Mereka akan dibicarakan bersama-sama bekas timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Teo Chee Kong, 52, yang menghadapi 146 tuduhan penggubahan wang haram melibatkan RM32 juta.

Ravinthran juga menangguhkan pendengaran semakan kehakiman difailkan Teo, yang dijadualkan berlangsung hari ini kepada 20 Feb.

Teo, yang hadir di mahkamah, memohon semakan kehakiman berhubung keengganan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menarik diri sebagai hakim perbicaraan kes itu dan perintah perbicaran bersama, yang dibantah Teo.

Teo juga memfailkan notis usul bagi pengeluaran filem kamera litar tertutup (CCTV) yang ditolak Abu Bakar. Teo diwakili peguam Nelson Wences Anggang dan Ram Singh, manakala Peguam Kanan Persekutuan Rustam Sanip mewakili SPRM. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse