Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pemeriksaan premis makanan amalan biasa, kata Yunus Rajah |  Lebih 1,000 guru seluruh Sabah meriahkan 'Sodop Pisompuruan' |  Pengawas Pusat Sumber SK Lubok Temiang ikuti Bengkel Asas Photoshop |  KA TAZ main peranan penting bendung penculikan di perairan timur Sabah |  Penjara Sandakan adakan jualan produk bermula 21 April ini |  PRU14: BN masih pilihan penduduk DUN Paginatan |  Kaum Dusun pedalaman Sabah masih perlukan BN |  Zahid akan lawat Bongawan Isnin ini |  Lebuh Raya Pan Borneo pemangkin kemajuan ekonomi di Sabah: Musa |  Organiser targets RM50,000 from charity golf tournament |  Over 450 athletes for Sabah Masters Open |  Junior Rhinos suffer first home defeat |  UMS inks MOU towards industrial relevance |  Harbour Mall, Four Points by Sheraton Sandakan successful fire drill |  High Court hastens case with bearing on Shafie candidacy | 
 BM

Lori treler bawa Asid Sulfurik terbalik

14th February, 2018

BEAUFORT: Sebuah lori treler yang membawa 25,600 liter Asid Sulfurik (sulphuric) terbalik menyebabkan sebahagian besar asid yang dimuat dalam 32 tong itu berjatuhan ke dalam parit dan pecah menyebabkan asid tersebut mengeluarkan asap tebal di jalan raya

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.00 petang di kilometer 2.5 Padas Valley antara jalan raya Beaufort – Sipitang pada Isnin.

Menurut Ketua Balai Bomba Beaufort Hasbullah Nenggok yang mengetuai operasi memberitahu sebahagian daripada asid yang berada dalam tong tersebut telah tumpah ke dalam parit lalu terkena air dalam parit punca tindak balas asid mengeluarkan asap putih yang tebal.

Keadaan jalan raya menjadi sesak apabila pelbagai kenderaan tidak dibenarkan melintasi tempat kejadian apabila asap asid menyelubungi dan berterbangan ke ruang udara dibawa angin yang boleh memberi kesan negatif pada tubuh badan.

Wartawan New Sabah Times yang secara kebetulan berada di tempat kejadian pada jam 6.00 petang Isnin menyaksikan kenderaan berbaris sesak di sepanjang jalan dari dua arah Beaufort – Sipitang sejauh 2 kilometer sama dari Pekan Beaufort dan dari arah Sipitang.

Hasbollah berkata sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu anggota Bomba bergegas ke tempat kejadian dengan dua jentera dan sebuah jentera EMRS dengan 17 orang bilangan anggota.

Bilik Kawalan Bomba menerima panggilan kecemasan itu pada jam 5. 29 dan dua buah jentera Bomba dan sebuah jentera EMRS digegaskan ke tempat kejadian dan tiba pada 5.36 petang

Sejurus mendapat maklumat tentang bahan-bahan yang dibawa lori treler itu Bomba Beaufort meminta bantuan dari Unit Harzmat yang berpangkalan di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu.

Satu jam kemudian sebuah jentera bersama dua pegawai dan lapan anggota Unit Hazmat dengan 2 buah jentera tiba untuk bertindak dan membantu pasukan Bomba Beaufort.

“Operasi tamat pada kira-kira jam 1.00 pagi Selasa,” kata Hasbollah Ketua Polis Daerah DSP Azmir Abd Razak berkata treler tersebut dalam perjalanan membawa 32 tong asid iaitu 800 liter setiap tong dari Sabah Forest Industri ke Pelabuhan Sepanggar Kota Kinabalu untuk dieksport.

Siasatan awal polis juga mendapati punca kejadian disebabkan masalah teknikal yang tiba-tiba berlaku pada lori treler yang menyebabkan lori tersebut tiba-tiba terbalik.

Pemandu lori treler, Sulkana Bin Callabe,37, Bugis tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun pihak polis akan menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kejadian.-OLEH AHMAD APONG

   
Email Print
   
 
 
E-browse