Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Patuh prosedur kuarantin sebelum bawa masuk tumbuhan ke Sabah |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  ‘Mixed blend of hulksters’ |  Brilliant Sabah U-19 squad notch up full points |  16-year-old Jessica shines again |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Kebajikan, keselesaan rakan jadi keutamaan kerajaan baharu: Dr Daud |  Pelancong dilarang masuk melawat masjid untuk sementara waktu |  APM buka Pejabat Unit Pertahanan Awam di Pulau Sebatik | 
 BM

Kerajaan komited pastikan keselesaan anggota TLDM

13th March, 2018

SEPANGGAR: Peranan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara, khususnya di Sabah, akan terus dihargai, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan komited untuk memastikan keselesaan anggota dan keluarga anggota TLDM, dengan memastikan agendanya untuk warga ATM terus berjalan lancar.

Ini termasuk kebajikan, kesihatan, latihan, pendidikan dan perumahan, selain memberi perhatian kepada bebanan kos sara hidup dihadapi warga ATM, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama warga TLDM di sini kelmarin.

Pada majlis itu, Hishammuddin berkata pihaknya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan akan mengusahakan sekurang-kurangnya RM5 juta bagi menyenggara kawasan perumahan dalam pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) ini.

Beliau juga berkata, Abdul Rahman telah menyumbangkan RM10,000 kepada Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) PTKK.

Hishammuddin berkata, atas komitmen dan kesungguhan anggota, khususnya di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) di Sepanggar, gandingan antara Mindef (Kementerian Pertahanan), pihak industri pertahanan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama kepimpinan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mestilah ‘seamless’ (lancar dan berterusan).

“Maknanya, hubungan mereka tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh dijualbeli kerana agenda kita sama iaitu untuk memastikan keselamatan dan pertahanan bumi Sabah ini,” kata beliau.

Terdahulu, Hishammuddin merasmikan kiosk Petronas dalam pangkalan itu bagi memudahkan warga PTKK mengisi petrol kenderaan mereka.

Kiosk itu beroperasi di bawah Tabung Kebajikan PTKK sejak pertengahan bulan lepas. Selain menyediakan dua pam petrol, kiosk itu juga mempunyai Kedai Mesra.

Hishammuddin turut meninjau kemajuan projek membina semula sebuah jambatan sepanjang 52.7 meter bernilai RM13.5 juta di Kampung Gentisan di sini yang menghubungkan antara lain, PTKK.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid serta Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

   
Email Print
   
 
 
E-browse