Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Program Marhajan mampu suburkan budaya, satukan bangsa, kata Musa

13th March, 2018

MEMBAKUT: Program Marhajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara program yang mampu membangun sastera disamping berupaya menyubur budaya dan menyatu bangsa, kata Tan Sri Musa Hj Aman.

“Walaupun kita terpisah oleh sempadan dan lautan namun dengan himpunan Mahrajan ini kita boleh bersama menyatu citra dan mengukuh budaya yang menyatu kebersamaan kita di Nusantara,” katanya.

Ketua Menteri Sabah demikian semasa Perasmian dan Penangguhan Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara yang diadakan di Dataran Dewan Wawasan Kampung Pimping pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Hj Mohd Arifin Arif.

Beliau juga dimaklumkan bahawa setiap tahun Mahrajan ini dihadiri oleh sasterawan dan pengiat seni negeri Sabah dan juga seluruh Malaysia serta para pengkarya dari Negara Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura dan memberikan petunjuk bahawa Mahrajan ini mendapat sokongan dan dokongan pelbagai pihak demi keberhasilan program kesenian Islam.

Beliau berkata tidak dinafikan, selain menjadi landasan memperkasa transformasi sastera ,Mahrajan Persuratan ini juga mampu mengukuhkan lagi hubungan serumpun dan ikatan setia kawan antara negara di Nusantara.

Musa berkata tentu sekali program ini menyasarkan matlamat jangka panjang bagi faedah dan manfaat umat Islam Nusantara yang terdiri pelbagai latar belakang budaya, adat resam ,bahasa pertuturan dan geografi.

Beliau percaya Mahrajan ini bukanlah semata-mata menjadi pentas atau medan berkarya demi mengimarahkan aktiviti dunia persuratan dan kesenian Islam.

Namun katanya lebih jauh lagi diharapkan menjadi medan umat Islam Nusantara mengukuhkan ikatan serumpun ukhuwah dan kesatuan ummah merentasi sempadan bangsa, budaya, adat resam dan geografi.

Musa berkata dengan pelbagai pengisian dalam program ini ia tentu akan menarik orang ramai untuk mendekatkan pengamal seni Islam dengan masyarakat dan rakyat seterusnya akan membantu usaha kerajaan memasyarakatkan nilai ilmu persuratan, budaya dan kesenian Islam agar tidak hilang ditelan zaman.

Dalam Majlis Malam Marhajan pada Sabtu ,ianya turut diserikan lagu lagu-lagu puisi oleh Datuk Ramli Sarip,Bacaan Puisi oleh pengkarya dan penggiat seni dan diserikan seterusnya dengan Majlis Marhaban dan Majlis Papat Jambul lebih 20 orang bayi.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Hj Aman, Pehin Orang Kaya Putera Mahraja Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Hj Abdul Rahim dan Isteri bersama rombongan dari Negara Brunei Darussalam, Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran dan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia Datuk Zainal Abidin Borhan.

Yang lain Timbalan Pengerusi Muis Junaidi Jumahat,Timbalan Ketua Pengarah Jakim (Pembangunan Insan) Datuk Hj Zainal abiding Jaafar, Setiausaha MUIS Yusof Abd Abbas merangkap Pengarah Jheains, Pengarah Jakim Sabah Hj Mat Radzi Hj Mat Ali,Pengarah Dewan Bahasa dan Pusatakan Sabah Hajah Asmiah Hj Ajamain,Ketua Dharma Wanita Persatuan Ibu Dani Syarifuddin. – OLEH AHMAD APONG

   
Email Print
   
 
 
E-browse