Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

RM61 juta untuk naik taraf, bina bangunan baru SM Pengiran Omar Sipitang

13th March, 2018

OLEH AHMAD APONG

SIPITANG: Kementerian Pendidikan Malaysia memperuntukkan RM61 juta untuk melaksanakan projek naik taraf dan pembinaan bangunan sekolah baharu Sekolah Menengah Pengiran Omar Sipitang, kata Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad.

“Projek menaiktaraf dan pembinaan baru itu amat penting bagi menggantikan bangunan lama Sekolah Menengah Pengiran Omar Sipitang sebuah sekolah yang tertua yang sudah berusia lebih 50 tahun,” katanya.

Beliau memaklumkan peruntukan projek itu telah diserahkan oleh Kementerian kepada Jabatan Kerja Raya telah berikan kuasa untuk membuka tender kepada kontraktor yang berkelayakan untuk melaksanakan pembinaannya.

“Ianya akan dilaksanakan pada bila-bila masa saja dalam tahun ini juga apabila proses tender dibuka oleh JKR dan apa yang saya harap kontraktor pelaksana hendaklah melaksanakan mengikut standard yang diperlukan,” tegasnya.

Beliau berkata SMPO adalah sekolah yang tertua dalam daerah Sipitang dan telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah Bestari dari berbagai pihak termasuk Badan- badan Bukan Kerajaan dan pihak Kementerian sendiri.

Pengarah Yayasan Sabah itu berkata demikian dalam sidang Media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah berkenaan, di sini, pada Sabtu.

Sapawi berkata pembinaan bangunan baru menggantikan bangunan lama sekolah berkenaan adalah perlu kerana sekolah berkenaan telah cukup tua dan uzur selain tidak mampu menampung pertambahan pelajar dari tahun ke tahun.

Beliau berkata dengan pembinaan bangunan baru sekolah ini akan menambah keyakinan para ibu bapa terhadap usaha kerajaan untuk memberikan suatu kemudahan tempat belajar untuk anak-anak mereka.

Di Parlimen Sipitang semua sekolah menengah telah pun dinaik taraf contohnya SMK Weston dan SMK Gadong dan sekolah-sekolah baru dan moden yang telah dibina di kawasn parlimen ini antaranya SMK Beaufort III dan Kolej Vokasional.

Beliau juga dimaklumkan bahawa keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia baru-baru ini sekolah ini telah mencapai keputusan yang membanggakan apabila dua pelajarnya telah mendapat keputusan 4 penuh manakala 24 orang memperolehi antara 3.2 ke atas.

Sapawi berkata pencapaian pelajar-pelajar ini bukan saja membanggakan para ibu bapa dan pihak sekolah tetapi juga bagi Rakyat Kawasan Parlimen Sipitang bahawa Parlimen ini juga mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain yang mampu melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pendidikan dan ianya sekaligus memberikan suntikan motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain.

Hadir sama pengetua sekolah itu, Encik Jamaluddin Matzin dan Yang Dipertua PIBG, Kassim Muntol serta lebih 300 orang para ibubapa pelajar.

   
Email Print
   
 
 
E-browse