Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pemeriksaan premis makanan amalan biasa, kata Yunus Rajah |  Lebih 1,000 guru seluruh Sabah meriahkan 'Sodop Pisompuruan' |  Pengawas Pusat Sumber SK Lubok Temiang ikuti Bengkel Asas Photoshop |  KA TAZ main peranan penting bendung penculikan di perairan timur Sabah |  Penjara Sandakan adakan jualan produk bermula 21 April ini |  PRU14: BN masih pilihan penduduk DUN Paginatan |  Kaum Dusun pedalaman Sabah masih perlukan BN |  Zahid akan lawat Bongawan Isnin ini |  Lebuh Raya Pan Borneo pemangkin kemajuan ekonomi di Sabah: Musa |  Organiser targets RM50,000 from charity golf tournament |  Over 450 athletes for Sabah Masters Open |  Junior Rhinos suffer first home defeat |  UMS inks MOU towards industrial relevance |  Harbour Mall, Four Points by Sheraton Sandakan successful fire drill |  High Court hastens case with bearing on Shafie candidacy | 
 BM

MTIB mahu lebih ramai pereka perabot diiktiraf

13th March, 2018

KOTA KINABALU: Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) mahu melahirkan lebih ramai pereka perabot profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui program pereka profesional (PDP).

Pengarah Bahagian Pembangunan Perindustrian MTIB, Mahpar Atan berkata industri perabot tempatan tidak akan berkembang dengan lebih baik jika masih berada pada takuk lama.

“Buat masa ini, industri perabot masih menumpukan kepada penghasilan produk tersebut secara besar-besaran dan mempunyai nilai ekonomi.

“Namun lebih tertumpu kepada penghasilan produk OEM (Original Equipment Manufacturer) semata-mata,” katanya sambil menambah keadaan tersebut perlu diubah kepada penghasilan produk OBM (Original Brand Manufactured).

“Kita tidak lagi boleh bergantung kepada perabot OEM semata-mata kerana faktor harga yang rendah selain tidak membantu mengubah persepsi masyarakat antarabangsa terhadap nilai reka bentuk perabot tempatan ke arah yang lebih baik.

“Perubahan ke arah penghasilan produk OBM yang bernilai pasaran yang lebih baik perlu dilaksanakan dengan segera bagi memangkin industri ini.”

Mahpar berkata semasa perasmian program ‘Seminar on Profesional Design Programme (PDP3) disini, kelmarin. Mahpar berkata bahawa pada tahun 2017, Malaysia mencatatkan eksport industry perabot sebanyak RM10.14 billion, meningkat 6.4 peratus berbanding pada tahun 2016.

“Jumlah keseluruhan eksport hasil kayu pada tahun 2017 adalah RN23.2 billion, meningkat berbanding RM22.12 billion pada tahun sebelumnya.

“Salah satu daripada tunjang kepada pertumbuhan positif dalam industry kayu adalah rekaan.justeru itu, rekaan adalah amat penting.”

Sementara itu, seminar yang buat julung kalinya diadakan dengan kolobarasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) dihadiri oleh lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada penuntut pelbagai jurusan seperti Sains Sumber Alam dan Kesenian.

Peserta kelihatan bersemangat ketika mendenga perkongsian dan ceramah daripada lima tetamu undangan yang juga merupakan pereka perabot antarabangsa. Penceramah undangan adalah Manolo Bossi (Verona, Italy), Peter Hutchison (Perth, Australia), Peter Kitely (Perth, Australia), Stefan Schoning (Antwerp, Belgium) dan Vince Consentino (Melbourne, Australia).

Turut hadir, Dekan Fakulti Sains dan Sumber Semulajadi UMS Proffesor Baba Musta. -OLEH VESTA VANESSA JSOIL

   
Email Print
   
 
 
E-browse