Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Patuh prosedur kuarantin sebelum bawa masuk tumbuhan ke Sabah |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  ‘Mixed blend of hulksters’ |  Brilliant Sabah U-19 squad notch up full points |  16-year-old Jessica shines again |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Kebajikan, keselesaan rakan jadi keutamaan kerajaan baharu: Dr Daud |  Pelancong dilarang masuk melawat masjid untuk sementara waktu |  APM buka Pejabat Unit Pertahanan Awam di Pulau Sebatik | 
 BM

Bekas GM Lembaga Kemajuan Tanah Sabah kekal bebas tuduhan rasuah

13th March, 2018

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan melepaskan dan membebaskan bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) Datuk Wasli Mohd Said, daripada pertuduhan rasuah berjumlah RM1 juta pada 2006.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Yaacob Md Sam, dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan.

“Kami dapati tiada merit dalam rayuan itu. Tiada kekhilafan boleh dirayu yang mewajarkan intervensi kami,” kata Mohtarudin yang mempengerusikan panel.

Beliau berkata perintah Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Wasli dikekalkan.

Pada 7 Jun 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Wasli daripada dua pertuduhan rasuah membabitkan RM1 juta tanpa memanggilnya untuk membela diri.

Wasli, 69, yang juga bekas Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Berhad, dituduh menawarkan sogokan RM500,000 kepada Pengarah SLDB John Liaw Chee Shing sebagai dorongan untuk menyokong kelulusan pembelian saham SLDB dalam Sapi Plantations Sdn Bhd oleh syarikat miliknya Syarikat Briskmark Enterprise Sdn Bhd pada mesyuarat lembaga.

Wasli, dari Sabah, didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel Fairlane, Jalan Walter Grenier di sini antara 10.20 pagi dan 10.30 pagi 22 Okt 1996.

Dia juga dituduh menawarkan sogokan RM500,000 kepada Pengarah SLDB Michael Emban sebagai dorongan untuk bersetuju dalam mesyuarat lembaga terhadap cadangan penjualan saham SLDB dalam Sapi Plantations to Briskmark Enterprise.

Wasli didakwa melakukan kesalahan itu di hotel sama antara 9.40 pagi dan 10.20 pagi pada tarikh sama. Dia didakwa pada 10 Feb 2006 menurut Seksyen 3 Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Wasli diwakili oleh peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah manakala Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud mewakili pihak pendakwaan. -Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse