Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Polis nafi kejadian perompak ditembak mati pengawal keselamatan bank

13th March, 2018

SEMPORNA: Polis di sini menafikan kejadian seorang perompak mati ditembak pengawal keselamatan sebuah bank selepas merompak dan menikam seorang warga emas di hadapan sebuah bank yang tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah, Supt. Peter Umbuas berkata maklumat tersebar mengenai warga emas kononnya dirompak di kaki lima bank selepas mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sebanyak RM250 adalah palsu.

Memurutnya, kejadian yang ditularkan itu tidak berlaku sebaliknya kejadian yang berlaku hanya melibatkan seorang lelaki kurang siuman yang mengelar tangan kanannya sendiri.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu seorang lelaki berumur 20-an dipercayai kurang siuman telah mengelar tangan kanannya sendiri menggunakan benda tajam.

“Orang awam telah memangil anggota trafik yang kebetulan meronda di kawasan bank itu dan menunjukan seorang lelaki sedang terbaring di kaki lima bank dalam keadaan cedera,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata lelaki itu sedang menerima rawatan di Hospital Semporna dan usaha untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan mangsa menghadapi kesukaran ekoran mangsa dipercayai kurang siuman dan gelandangan.

Peter dalam pada itu berkata perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu menyalahi undang-undang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperoleh dari sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu. -OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print
   
 
 
E-browse