Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah hoping for U-turn on tennis exclusion |  Pelancong China mati lemas |  APMM tahan sebuah bot pam dengan muatan 50kg ikan |  Esscom kekal bagi memastikan keselamatan Sabah: Muhyiddin |  Hanya tiga menteri berani bersuara terhadap Najib: KP SPRM |  Najib tidak ditahan, dua saksi penting akan dipanggil |  Esscom potindoozon montok mongiho kozo do koumohigan Sabah |  Tutumombuhui kusai China nokito do nohonod id Pulau Sibuan |  Kaganapan gunoon kalamazan Kaamatan om Hari raya kouha |  SOGILIT KIHOOGO RM44,820 NAGAMU DO APMM TAWAU |  Proton car buyers to enjoy zero-rated GST prices |  Govt to review mega projects – Azmin |  Inflation expected to rise slightly in April |  Consumer body – apply spirit in consumerism |  ESSCom stays to secure region | 
 BM

Media turut main peranan tingkat kesedaran pembayar cukai: Sabin

140318-lead-3a
KERJASAMA RAPAT ... Sabin (tengah), para pegawai kanan LHDNM dan pengamal media bergambar kenangan selepas selesai Majlis Mesra LHDNM bersama Media Sabah 2018.

14th March, 2018

OLEH DK RYNI QAREENA

KOTA KINABALU: Pengamal media telah memainkan peranan dalam meningkatkan dan memupuk tahap kesedaran golongan pembayar cukai di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Datuk Seri Sabin Samitah berkata sokongan berterusan pihak media melalui laporan dan publisiti memainkan peranan penting dalam menerapkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kewajipan membayar cukai.

“Tanpa media, segala maklumat gagal disebarkan dengan baik…oleh itu saya berharap kerjasama antara media dan LHDNM akan terus berkekalan,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra LHDNM bersama Media Sabah 2018, di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri.

Beliau berkata kutipan cukai langsung untuk tempoh dua tahun berturut-turut iaitu 2015 dan 2016 telah menurun membuatkan LHDN telah menyusun strategi dan fokus untuk memastikan badan itu terus kekal mencapai sasarannya.

Beliau berkata dengan adanya sokongan media, pihaknya berjaya meningkatkan kutipan cukai negara sebanyak 8.15 peratus iaitu kira-kira RM9 bilion berbanding tahun sebelumnya pada tahun lepas.

Bagi peringkat negeri Sabah katanya ianya telah merekodkan peningkatan 15.5 peratus berbanding kutipan pada 2016.

“Memang tidak dapat dinafikan kejayaan ini juga kerana perkembangan ekonomi yang semakin baik dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 5.6 peratus pada hujung tahun lalu berbeza dengan apa yang diramalkan oleh Bank Dunia iaitu 4.2 peratus,” katanya.

Ini katanya memberikan impak yang besar kepada kutipan cukai negara.

“Selain daripada faktor ekonomi dan sokongan orang ramai tentang peningnya membayar cukai, sudah tnentu peranan pengamal media juga memiankan pernana besar dalam menyedarkan kepada para pembayar cukai,” katanya.

“Inilah antara sumbangan besar media kepada LHDNM dan kita berharap dengan kerjasama yang berterusan, kita akan mencapai sasaran kutipan RM134.7 bilion pada tahun ini,” tambahnya.

Sementara itu, Sabin meminta semua pembayar cukai di negara ini terus menunaikan tanggungjawab untuk membayar cukai.

“Mereka yang layak perlu membayar cukai kerana LHDNM akan mengenakan tindakan kepada mana-mana individu atau syarikat yang mengelak daripada berbuat demikian,” katanya.

Pada majlis itu Sabin turut melancarkan aplikasi baru LHDN ‘ Scan Me’ untuk membolehkan orang ramai terutama pembayar cukai mendapatkan maklumat melalui telefon bimbit mereka.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif , Encik Mahmod Daud; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Encik Abdul Manaf Dim dan Pengarah LHDN Sabah, Encik Suhaili Sudin; Pengarah-pengarah LHDN Negeri-negeri; para pegawai kanan, editor-editor akhbar dan para wartawan akhbar kebangsaan dan tempatan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse