Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

UMS pertama bakal miliki 'teaching resort' dalam kampus

140318-ums-5
TANDATANGANI…Sesi menandatangani perjanjian yang dilakukan oleh D Kamarudin (duduk dua dari kiri) dan Dares (duduk dua dari kanan).

14th March, 2018

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal memiliki resort pembelajaran (teaching resort) dalam kampus dan bakal menjadi universiti pertama dalam negara yang menyediakan kemudahan tersebut bagi tujuan latihan dan pengalaman industri kepada pelajar.

Usaha sama antara UMS dan Traverse Tours Sdn. Bhd telah membawa kepada usaha menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) bagi membangunkan teaching resort.

Majlis yang berlangsung kelmarin di Fakulti Pengkomputeran Informatik menyaksikan upacara MoA yang ditandatangani oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dan Pengarah Urusan Traverse Tour Sdn. Bhd., Dares Saham.

D Kamarudin berkata usahasama tersebut bakal memberi nilai tambah kepada pelajar UMS.

“Teaching resort ini bakal memberi nilai tambah yang tidak ternilai kepada para pelajar perhotelan dan pelancongan UMS, sekaligus bagi memenuhi pasaran kerja dan industri.

“Hasrat ini selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mahu memperkasakan konsep ‘industri dalam kampus’ dengan membawa pihak industri bekerjasama dengan pihak universiti,” katanya.

Resort yang akan dibina itu bakal menyediakan kemudahan sebanyak 30 unit chalet yang berkonsep mesra-eko dan dilengkapi kemudahan restoran serta spa.

“Resort ini yang bakal mempunya kemudahan chalet, restoran dan spa semestinya mampu menarik para pelancong luar dan dalam negara untuk menginap di tepi pantai yang dikelilingi suasana kampus,” katanya.

Jelas beliau, usaha tersebut juga adalah perlu dengan perkembangan industri pelancongan yang pesat membangun di negeri ini.

“UMS merupakan sebuah institusi pengajian yang menawarkan program perhotelan dan pelancongan, maka kerjasama yang terjalin dengan pemain industri terkenal di Sabah seperti Traverse Tours Sdn. Bhd adalah satu langkah yang wajar.

“Tambahan pula, pemain industri ini sudah tentu mampu memberi latihan khas dan pengalaman berguna dalam industri yang memberi manfaat kepada pelajar-pelajar,” katanya lagi.

Beliau turut mengulas lanjut berkenaan penekanan kepada Revolusi Perindustrian 4.0 sebagai satu dimensi baru dalam konsep pembelajaran.

“Antara lain, langkah kita mengadakan usahasama ini juga adalah bagi memberi penekanan kepada konsep Revolusi Perindustrian 4.0 dalam aplikasi operasi resort yang turut memberi dimensi baru kepada konsep pembelajaran alaf baru.

“Saya yakin kerjasama ini juga sejajar dengan tiga teras utama Sabah Leap 2035 yang memfokuskan kepada tiga tunjang utama untuk menjadikan Sabah negeri maju setanding negeri lain.

“Antaranya adalah dari sudut pelancongan, kelapa sawit serta minyak dan gas sebagai pemangkin utama kepada ekonomi Sabah,” ujar beliau.

Teaching resort tersebut akan dibina di lokasi strategik berdekatan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakauan (FPEP) yang berhampiran kawasan lanskap pantai.

Jelas beliau juga, resort tersebut mengaplikasikan idea dari pihak Traverse Tours Sdn. Bhd. dan menekankan konsep alam semula jadi dengan gabungan kontemporari.

“Hasil kolaborasi bersama ini diharap mampu membuka ruang kepada graduan bidang pelancongan dan hospitaliti selain daripada meningkatkan keupayaan dan kebolehpasaran graduan.

“Hal ini sekaligus menyokong matlamat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam menjadikan bandaraya ini bersih, hijau, liveable dan berkonsepkan Nature Resort City,” katanya. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah

   
Email Print
   
 
 
E-browse