Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sabah hoping for U-turn on tennis exclusion |  Pelancong China mati lemas |  APMM tahan sebuah bot pam dengan muatan 50kg ikan |  Esscom kekal bagi memastikan keselamatan Sabah: Muhyiddin |  Hanya tiga menteri berani bersuara terhadap Najib: KP SPRM |  Najib tidak ditahan, dua saksi penting akan dipanggil |  Esscom potindoozon montok mongiho kozo do koumohigan Sabah |  Tutumombuhui kusai China nokito do nohonod id Pulau Sibuan |  Kaganapan gunoon kalamazan Kaamatan om Hari raya kouha |  SOGILIT KIHOOGO RM44,820 NAGAMU DO APMM TAWAU |  Proton car buyers to enjoy zero-rated GST prices |  Govt to review mega projects – Azmin |  Inflation expected to rise slightly in April |  Consumer body – apply spirit in consumerism |  ESSCom stays to secure region | 
 BM

Dr Katalina, doktor pakar yang berkecimpung dalam dunia artis

140318-katalina-9a

14th March, 2018

OLEH RAPHIEL PINUS

MUNGKIN namanya kurang dikenali di negeri ini sebagai artis. Namun siapa menyangka doktor pakar ini, Dr Katalina merupakan seorang artis dari Sabah yang telah menempah nama dalam bidang lakonan serta nyanyian di Kuala Lumpur.

Nama sebenar, Dr Siti Khadijah, berasal dari daerah Sandakan bergiat aktif dalam seni lakon sejak beberapa tahun lalu dengan membintangi antaranya drama 30 episod bertajuk ‘Dan Calonnya….2’ pada tahun 2015 bergandingan dengan Aaron Aziz, Zara Zya dan pelakon terkenal lain.

Selain itu, Dr Katalina juga berlakon dalam drama bersiri 100 episod keluaran Astro Prima bertajuk ‘Lara Aishah’ bersama-sama pelakon ternama lain antaranya Fasha Sandha, Dian P. Ramlee dan Dato’ Ezlan Yussof pada 2016 dengan memegang watak ‘Cik Adila’.

Drama bersiri 100 episod seterusnya ialah ‘Dendam Aurora’ berlakon bersama Nabila Huda, Tengku Ismail dan aktress serta aktor lain pada tahun lalu. Manakala dalam filem ‘Makrifat Cinta’, Dr Katalina berlakon bersama Syamsul Yusof, Nora Danish dan sekali lagi bersama Nabila Huda.

Di samping itu, dia juga berlakon dalam pelbagai iklan antaranya makanan segera, syampu dan program kesihatan. Selain berlakon, Dr Katalina juga berbakat sebagai komposer dan menyanyi. Untuk pertama kalinya, Dr Katalina telah menerbitkan ‘single’nya bertajuk ‘Kan Terjadi’ edaran Warner Music pada tahun 2016.

Sementara itu, difahamkan single keduanya bakal didengar pada pertengahan tahun ini.

Selain pembabitan dalam seni, Dr Katalina yang menuntut ilmu kedoktoran di Kursk State Medical University, Russia turut mengikuti bidang perubatan ‘estetik’ dengan American Academy of Aesthetic Medicine dan telah membuka pusat estetiknya sendiri, Katalina Medispa di Kuala Lumpur.

Berbekalkan popularitinya sebagai artis yang setanding dengan nama-nama besar lain, kini Katalina Medispa yang terletak di Desa Melawati, Kuala Lumpur menerima kunjungan ramai pelanggan terdiri daripada artis-artis terkenal untuk rawatan kecantikan.

Khabar baik, Dr Katalina dijangka akan membuka cawangan pusat estetiknya di Kota Kinabalu dan dijangka akan beroperasi awal April nanti.

Di masa lapang Dr Katalina menghabiskan masa di gym dan menunggang kuda. Untuk mengikuti perkembangan Dr Katalina, boleh melawatnya di laman aplikasi Instagram @drkatalina.

   
Email Print
   
 
 
E-browse