Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

Program Karnival Dakwah dapat rapatkan ukhwah

15th May, 2018

KOTA BELUD: Program Karnival Dakwah boleh merapatkan ukhwah di kalangan peserta selain membina hubungan yang lebih erat antara peserta dan pelbagai masyarakat.

Setiausaha Agung, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria menjelaskan program tersebut juga dapat menanamkan minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kalangan peserta.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Karnival Dakwah anjuran USIA Bahagian Kota Belud kerjasama Jawatankuasa Masjid Al Hadhari, Kawasan Rukun Tetangga Kampung Menunggui/Karang Benai di halaman Masjid Al Hadhari Kampung Menunggui/Karang Benai baru-baru ini.

Katanya karnival dakwah itu juga dapat memperkukuhkan penguasaan Pendidikan Islam, al-Quran dan Bahasa Arab dalam kalangan peserta.

“Program ini bermatlamat untuk mengembangkan bakat dan potensi peserta ke arah melahirkan peserta yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan rohani,” katanya.

Hamzah menjelaskan program ini diharap dapat melihat potensi peserta untuk menjadi pelapis kepada yang lama dalam bidang keagamaan.

“Semoga program ini mampu mendedahkan umat Islam mengenai peranan masing-masing dalam menggerakkan dakwah Islam,” katanya.

Sementara itu Pemangku Ketua USIA Bahagian Kota Belud, Abtin Atoh, menjelaskan program itu wajar diadakan lebih kerap bagi memberi ruang kepada peserta untuk mengetengahkan bakat masing-masing.

“Dengan ini mereka akan lebih terdedah kepada pemahaman Islam yang sebenarnya dan dapat turut dalam gerakan berdakwah,” tambah beliau.

Program karnival dakwah itu bermula sejak 10 Mei 2018 hingga 12 Mei 2018 dengan mengadakan Tilawah al-Quran, Hafazan al-Quran, Nasyid dan Syarahan.

Pada majlis penutupan pelbagai acara turut diadakan seperti bacaan ayat-ayat al-Quran oleh Qari jemputan Madlan Awang, Persembahan nasyid oleh kumpulan An-Nur Masjid Al Hadari Kampung Menunggui/Karang Benai, Persembahan Hafazan oleh Mohd. Kharyuddin, Persembahan Puisi Islam oleh Matnin Musa, Persembhahan Syair Kubor oleh Marjani Jabar, Tazkirah oleh Japran Datu Kusin, Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Malaeka dan Kumpulan Al-Ikhwan.

Lebih 300 masyarakat kampung menghadiri majlis itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse