Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

Usaha mansuh GST sedang dilakukan: Zeti

16th May, 2018

KUALA LUMPUR: Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kelmarin menegaskan cadangan memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan pada 1 April 2015, adalah muktamad.

“Ia (keputusan untuk memansuhkan) adalah muktamad dan usaha sedang dilakukan untuk merealisasikannya,” kata bekas gabenor bank pusat itu yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan.

Dua ahli majlis itu berada di Kementerian Kewangan pagi ini untuk membincangkan mengenai percukaian selain urusan mengenai ekonomi termasuk perubahan fiskal dan subsidi.

“Kita tahu dari mula lagi ia sudah diputuskan, tidak perlu dipersoalkan mengenainya.

“Isunya ialah cara untuk melaksanakannya, sama ada menjadikannya sifar? Oleh itu, daripada enam peratus ia menjadi sifar peratus,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama 180 pengurus dana, di sini kelmarin.

Pakatan Harapan yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu, antara lain menjanjikan pemansuhan GST dalam manifesto mereka.

Zeti berkata semua urusan mengenai perubahan ekonomi akan dilakukan secara menyeluruh dan mengikut peraturan.

“Objektif utama ialah memberikan lebih banyak kuasa membeli kepada rakyat, terutama kumpulan pendapatan sederhana dan rendah,” katanya.

Beliau berkata sebaik keputusan dibuat, ia akan dimaklumkan kepada orang ramai.

“Kami akan mengumumkan apa yang akan kami lakukan, termasuk strategi, proses, teknologi, sistem dan mendapatkan kelulusan di Parlimen,” katanya.

Zeti juga menegaskan beliau tidak akan memberi reaksi ke atas sebarang urusan mengenai politik dan hanya terlibat dalam perspektif ekonomi.

“Ini yang dikehendaki oleh rakyat sekarang, sejauh mana impak ke atas mereka dan bagaimana impaknya ke atas ekonomi. Itu sebab saya muncul kembali,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse