Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three points to seal berth |  Sabah hulksters fourth at 49th Mr Malaysia Bodybuilding Championship |  Motivate yourselves for university studies, pre-U students told |  Riparian forest buffers means increased plantation yields |  Swiftlet industry boosted |  Underprivileged boys discover Klagan’s hospitality |  Learning about orang-utan via ‘The Amazing Orangutan Challenge’ |  Kusai kinoizonon nataan id ponginaman mogovit humabus tumau pagansak |  RTM potindooi aadang sabaagi impoon popisompuu layat |  Papanau padsakazan ginumuan posoovon tumanud kootulan |  Susumakai motusaikol nopujulan kiniopon id suang kohigaganan |  Proton, Geely to set up facilities in China |  Unstable environment for foreign inflows |  Ewon mahu lebih banyak pusat e-Desa diwujudkan di luar bandar |  JKR diminta segera baiki jalan Sampir-Pantai Teringai yang rosak teruk | 
 BM

Mohamed Apandi mulakan cuti tanpa rekod 30 hari

16th May, 2018

PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kelmarin memulakan cuti tanpa rekod selama 30 hari.

“Saya kini bercuti tanpa rekod selama 30 hari. Justeru, saya tidak akan hadir ke pejabat hari ini (kelmarin),” kata Mohamed Apandi dalam pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada warga media sambil pada masa sama menegaskan beliau masih Peguam Negara yang berkhidmat atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pada Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Mohamed Apandi telah diminta bercuti dan tugas beliau akan digalas oleh Peguam Cara Negara Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek, berkuat kuasa serta-merta.

Warga media berkumpul di perkarangan Pejabat Peguam Negara di Presint 4 di sini sejak 8 pagi kelmarin untuk melihat kelibat Mohamed Apandi hadir bertugas.

“Jangan buang masa berharga anda di Pejabat Peguam Negara. Sampaikan salam saya kepada semua rakan-rakan media di luar sana. Akan temui semua pada acara lain. Insya- Allah. Terima kasih semua,” kata Mohamed Apandi yang mengetahui akan kehadiran anggota media di bangunan itu.

Mohamed Apandi hadir ke pejabat seperti biasa semalam walaupun Dr Mahathir pada sidang media Sabtu lepas berkata: “Pada masa ini negara tidak mempunyai Peguam Negara.” – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse