Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three points to seal berth |  Sabah hulksters fourth at 49th Mr Malaysia Bodybuilding Championship |  Motivate yourselves for university studies, pre-U students told |  Riparian forest buffers means increased plantation yields |  Swiftlet industry boosted |  Underprivileged boys discover Klagan’s hospitality |  Learning about orang-utan via ‘The Amazing Orangutan Challenge’ |  Kusai kinoizonon nataan id ponginaman mogovit humabus tumau pagansak |  RTM potindooi aadang sabaagi impoon popisompuu layat |  Papanau padsakazan ginumuan posoovon tumanud kootulan |  Susumakai motusaikol nopujulan kiniopon id suang kohigaganan |  Proton, Geely to set up facilities in China |  Unstable environment for foreign inflows |  Ewon mahu lebih banyak pusat e-Desa diwujudkan di luar bandar |  JKR diminta segera baiki jalan Sampir-Pantai Teringai yang rosak teruk | 
 BM

Tarik balik larangan imigresen: Tian Chua berterima kasih kepada Shafie

16th May, 2018

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana menarik balik larangan imigresen terhadapnya dan Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden parti itu.

Tian Chua berkata larangan imigresen yang dikenakan oleh kerajaan terdahulu menghalang mereka daripada memasuki negeri itu, tetapi dengan perubahan kerajaan pemerintah, beliau berharap dapat membina Malaysia yang progresif bersama- sama.

“Saya akan bertemu Datuk (Mohd) Shafie untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau secara peribadi, mungkin pada Ramadan. Saya rasa gembira kerana sekali lagi dapat menemui rakyat di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Semalam, selepas memulakan tugas, Mohd Shafie mengarahkan supaya larangan memasuki Sabah terhadap pemimpin daripada Pakatan Harapan (PH) dari Semenanjung ditarik balik.

Tian Chua yang juga Anggota Parlimen Batu selama dua penggal sejak 2008 hingga 2018, juga merakamkan penghargaan kepada pengundi di Sabah dan Sarawak atas sumbangan ‘besar’ mereka terhadap kerusi Parlimen kepada PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Beliau berkata gabungan 25 kerusi pelbagai kaum itu membolehkan PH mendapat majoriti selesa semasa PRU14. “Kami berterima kasih kepada rakyat Sabah dan Sarawak atas sokongan jelas mereka mengenai agenda reformasi oleh PH dan Warisan,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse