Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

Pelantikan Anwar sebagai PM tidak akan dibuat secara terburu-buru

16th May, 2018

KUALA LUMPUR: Pelantikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan tidak akan dibuat secara terburu-buru, menurut isterinya yang telah dinamakan sebagai timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu berkata ia akan dijalankan mengikut perancangan asal iaitu pada pertengahan penggal di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

“Buat masa ini kita mahukan kerajaan di bawah pimpinan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad ini berjalan lancar, dan kita terima perubahan yang kita inginkan terutama reformasi yang ingin kita ketengahkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini kelmarin.

Beliau mengulas laporan media asing yang memetik Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin sebagai berkata adalah “tidak bijak” untuk tergesa-gesa melantik Anwar sebagai perdana menteri selepas beliau kembali ke Parlimen.

Dalam pada itu, ditanya mengenai status kesihatan Anwar, Dr Wan Azizah yang juga Anggota Parlimen Pandan, berkata suaminya semakin pulih.

“Beliau beransur pulih sebab nak dibebaskan dan mengenai ceramah yang dijadualkan esok (hari ini), insya-Allah kita tunggu,” katanya.

Pada Isnin, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan agar semua prosedur berkaitan prosiding Lembaga Pengampunan Diraja untuk Anwar dimuktamadkan pada Rabu.

Anwar mula menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse