Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

Berita hadiah US$1 bilion daripada Brunei tidak benar: Pejabat PM

16th May, 2018

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri hari ini menyangkal dakwaan bahawa Sultan Brunei telah memberi sejumlah besar wang kepada kerajaan Malaysia untuk memulihkan ekonomi negara ini.

“Ia tidak benar,” kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri apabila ditanya mengenai perkara itu yang tular menerusi media sosial kelmarin.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah merupakan ketua negara asing pertama mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pelantikannya di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada Khamis.

Gambar-gambar pertemuan itu tular menerusi media sosial dengan kapsyen menyebut tentang ‘hadiah’ kepada kerajaan untuk memulihkan ekonomi tanpa perlu dibayar balik. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse