Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

Pembangunan kawasan, kebajikan rakyat perlu diutamakan: Hamisa

16th May, 2018

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Pembangunan kawasan dan kebajikan rakyat perlu diutamakan berbanding perjuangan parti diwakili, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat.

Menurutnya, kepercayaan diberikan rakyat melalui mandat kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) perlu dibalas dengan penuh tanggungjawab tanpa memikirkan kepentingan peribadi semata-mata.

“Saya ambil keputusan tinggalkan parti (Barisan Nasional) bukan untuk kejar jawatan tetapi saya yakin kejasama yang erat antara kerajaan negeri dan pusat yang akan membantu rakyat di kawasan saya,” katanya.

Beliau berkata ketika menjelaskan tindakan diambilnya menyokong pembentukan kerajaan negeri bersama parti Warisan ketika ditemui media di kediamannya setiba dari Kota Kinabalu.

Hamisa antara salah seorang Adun yang menang atas tiket parti BN mengambil langkah keluar parti dan berjumpa dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi menyatakan sokongan.

Katanya, soal pengkhianatan kepada parti tidak wujud kerana yang lebih penting adalah membela nasib rakyat yang masih memerlukan pembangunan dan ianya hanya mampu dicapai melalui kerajaan yang kuat.

“Saya akan pastikan tidak ada rakyat di kawasan ini akan terpinggir tetapi saya tak boleh berjuang sendirian tetapi saya memerlukan sokongan yang padu dari semua pihak,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata tindakan memilih parti Warisan ekoran perjuangan parti berkenaan yang mementingkan pembelaan dan pembangunan rakyat Sabah secara tuntas.

“Saya tidak masuk parti lain kerana saya rasa ini sahaja yang memperjuang nasib orang Sabah kalau pilih yang lain sama juga sebab orang Sabah hanya mahu parti untuk khusus untuk Sabah,” katanya lagi.

Beliau berkata parti BN juga sudah tidak stabil di Sabah ekoran berhadapan pembubaran parti melalui perbincangan pimpinan atasan sebelum ini demi menubuhkan parti pakatan baru.

“Tapi tidak tahu bila parti Pakatan ini akan ditubuhkan, lepas itu kena tunggu lagi kelulusan, sampai bila?, kita tak mahu buat rakyat menunggu, sebab itu saya mengambil keputusan ini bersama parti yang telah kukuh,” katanya. Ditanya mengenai perancangan beliau selepas ini, Hamisa berkata akan menyusun atur dan merangka perkara yang perlu dilakukan.

“Saya akan turun ke bawah berjumpa pengundi dan berharap agar mereka menerima serta menyokong apa yang saya lakukan untuk kesejahteraan hidup yang lebih baik,” katanya.

Mengulas mengenai hubungannya dengan pimpinan BN di kawasan itu, beliau berkata politik dan ikatan silaturahim adalah dua perkara yang berbeza.

“Masalah perbezaan fahaman politk tidak akan melibatkan ikatan silaturahim, politik tidak akan memutuskan silaturahim, cuma dalam politik ini tidak ada kawan yang kekal dan musuh yang kekal,” ujarnya. Hamisa sebelum itu disambut kira-kira 100 penyokongnya yang juga terdiri daripada jentera BN di kawasan itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse