Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

Kawal kemasukan anggota pembangkan ke PH

16th May, 2018

IPOH: Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengingatkan Pakatan Harapan (PH) negeri supaya berhati-hati dalam menerima kemasukan beramai-ramai pemimpin pembangkang terutama UMNO ke dalam gabungan tersebut.

Naib Pengerusinya, Dr Muhaimin Sulam berkata jika pendekatan itu tidak dibuat ia dikhuatiri akan menjadi liabiliti selain memungkiri amanah rakyat yang memilih PH selaku kerajaan selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya Amanah juga bimbang pendekatan tersebut sengaja digunakan bagi meraih kuasa dan keuntungan peribadi.

“Amanah sendiri bukan sekadar sebuah parti politik yang berintegriti tetapi adalah sebuah parti yang bangkit daripada sebuah kehancuran kepercayaan rakyat.

“Kemasukan beramai-ramai ini jangan sampai jadi seperti tikus membaiki labu dan Amanah Perak tetap mengambil sikap berhati-hati selain memberi amaran sebarang usaha mengkhianati perjuangan PH akan kami tentang habis-habisan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Pada Isnin, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin bersama 200 ahli Umno daripada pelbagai bahagian di Perak mengisytiharkan keluar daripada parti berkenaan dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang merupakan komponen dalam PH.

Rata-rata daripada mereka berpendapat tindakan itu dilakukan selepas mengambil kira suasana semasa politik negara serta bagi menjaga kepentingan rakyat di kawasan.

Dr Muhaimin berkata daripada sudut lain, kemasukan beramai-ramai pimpinan Umno tersebut bakal memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) Perak untuk melakukan proses transformasi dan penstrukturan semula parti.

“Ibarat kata pepatah Melayu lama, sudah jatuh ditimpa tangga. Kawan ketawa ramai, kawan menangis sendiri. Begitulah realiti dunia berpolitik,” katanya.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse