Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Boatmen nabbed on molest charges |  Teen reported missing found electrocuted |  Census on stateless, undocumented individuals |  PM:    Najib's 'I don't know about 1MDB' lame excuse |  Sabah captain Rawilson set for first national cap |  Nine top MTJA juniors for tournament |  Moves to protect marine resources |  MAWILLA 2 poundohion kumaa hongkod kavavagu |  Iso uvang, iso pomounan: Madius |  SONGKOSUVAZAN MINONINDUO MOGIIGIZON HAMIN DI SINUANG |  Up to 40 pct off with MAS’s Mid-Year Deals |  Aidi ziarah Rumah WargaTua Prichard, Hospital Papar |  Wakil rakyat lapor SPRM, dakwa ada monopoli dalam pembekalan ubat |  Kiulu destinasi lawatan wajib, sasar 1 juta pelancong menjelang 2025 |  Stephen minta PBT percepat bina Terminal Bas Bersepadu Sandakan | 
 BM

Sudut 'Costume Try Me' di Hyatt Regency

16th May, 2018

KOTA KINABALU: Hyatt Regency Kinabalu menyediakan sudut “Costume Try Me” di lobi hotel berkenaan dengan bayaran hanya RM5 bagi setiap individu yang ingin mencuba pakaian tradisional itu.

Pembantu Pengurus Perhubungan Awam Hyatt Regency Kinabalu, Ervina Masduki berkata, sudut itu disediakan sehingga hujung minggu ini dan dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

“Ini adalah tanda sokongan Hyatt Regency Kinabalu kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah untuk mempromosi dan memperkenalkan produk tempatan serta kraftangan Sabah kepada para pengunjung terutamanya pengunjung antarabangsa di hotel ini,” katanya kepada New Sabah Times, di sini, kelmarin.

Ervina berkata, sudut “Costume Try Me” juga disediakan di hotel-hotel lain di kawasan bandaraya untuk memberi peluang kepada para pelancong asing mencuba pakaian tradisional masyarakat Kadazandusun Murut dan Rungus.

“Sebenarnya JKKN menyediakan ruangan mini galeri ini di setiap hotel terpilih di Kota Kinabalu. Sebelum ini ia berada di Magellan Sutera Harbour, kemudiannya di sini dan selepas ini akan dipamerkan di Ming Garden.

“Ini adalah tahun pertama Hyatt menyertai aktiviti seumpama ini bagi memeriahkan lagi sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan sepanjang bulan Mei,” katanya. OLEH MARRYAN RAZAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse