Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

PKR bantah pelanggaran kejam hak asasi manusia rakyat Palestin

16th May, 2018

KUALA LUMPUR: PKR membantah keras keputusan Amerika Syarikat yang membuka kedutaan negara itu secara rasmi di Baitulmaqdis semalam.

Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini berkata tindakan seumpama itu hanya akan memberi kesan buruk bukan sahaja terhadap kestabilan rantau, malah terhadap keselamatan bagi mencari penyelesaian yang menyeluruh terhadap konflik Palestin-Israel.

“Keadilan (PKR) berharap Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dapat bekerjasama rapat dengan semua rakan dalam usaha mencari penyelesaian yang adil lagi berkekalan terhadap konflik yang berlaku,” katanya.

Dilaporkan 55 rakyat Palestin menjadi korban terbaru tertera Israel di sempadan Gaza semalam dalam pertempuran yang meletus susulan perpindahan kedutaan Amerika ke Baitulmaqdis.

“Serangan demi serangan tidak berperikemanusiaan ini telah memperlihatkan sekali lagi kepada masyarakat antarabangsa kekejaman tentera rejim yang tidak menghormati kesucian nyawa manusia dan membelakangkan undang-undang antarabangsa.

“Bersama-samalah kita memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa, agar konflik kemanusiaan yang menimpa rakyat Palestin ini dihentikan segera,” kata Saifuddin. -Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse