Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

ITEX 2018: UMS rangkul dua emas, lapan perak dan satu Anugerah Khas

16th May, 2018

KOTA KINABALU: Para penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua pingat emas dan lapan perak dalam penyertaan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2018.

Pingat-pingat itu diperoleh daripada 10 penyelidikan yang dipertandingkan pada pameran tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, baru-baru ini.

Penyelidik yang telah menyumbangkan pingat emas ialah Prof. Dr. Khin Maung Ohn @ Arif dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) melalui inovasi bertajuk Novel POP Roller (NOPORO). Inovasi itu turut membolehkan beliau meraih Anugerah Khas IFIA Medal for Best National Invention.

Pingat emas kedua pula diperoleh melalui Prof. Madya Dr. Rayner Alfred dari Fakulti Komputeran dan Informatik dengan inovasi bertajuk MADBOOST: A Multiple Adaptive Diversified Boosting Approach to Infrared Face Recognition Based on Ensemble Classifiers.

Sementara itu, pingat perak telah dimenangi Dr. Joko Sulistyo dengan tajuk penyelidikan GARBISTER: Mushroom Grown on Garbage, Dr. Clarence Ongkudon dengan tajuk Mini Bio-Integrated Ultrafiltration System, Dr. Newati Wid bertajuk StruFosfat: High-P Struvite Fertiliser from Food Waste, dan Dr. Zamhar Iswandono Awang Ismail dengan penyelidikan bertajuk Thesaurigame.

Turut menyumbang perak ialah Dr. May Honey Ohn dengan tajuk kajian Development of ECG Gamification Platform GaMED-ECG, dan Siti Hasnah Tanalol – Amazing Jawi AR.

Dua pingat perak selebihnya dihasilkan melalui dua kajian Dr. Nor Qhairul Izzreen Mohd Noor yang masing-masing bertajuk Izzyberry dan Thirstberry.

Pameran pertandingan inovasi dan teknologi bertaraf antarabangsa itu merupakan pameran tahunan anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS).

Majlis penyampaian pingat dan anugerah kepada para penyelidik yang menang disempurnakan Setiausaha Kehormat MINDS, Myocho Kan.

Lebih 1,000 rekacipta dari 23 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Taiwan, Korea Selatan dan Arab Saudi dipamerkan pada ITEX kali ke-29 itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse