Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Teknologi Kultur Tisu, Sistem Fertigasi mampu tingkat pengeluaran halia

16th May, 2018

OLEH MARUTIN ANSIUNG

KENINGAU: Teknologi Kultur Tisu dan Sistem Fertigasi mampu meningkatkan pengeluaran halia dan sekali gus meningkatkan ekonomi para penanam halia di kawasan ini.

Ketua Pegawai Inovasi National Institute Of Biotechnology (NIBM) Azman Bin Razak berkata, melalui teknologi ini hasil pengeluaran para penanam halia dapat ditingkatkan.

Katanya, melalui sistem fertigasi, penyakit bawaan tanah dapat dikawal selain hasil dan kualiti isi halia dapat dijaga.

“Sebelum ini kebanyakan penanam halia menanam diatas tanah secara konvensional namun sejak kebelakangan ini hasil dan kualiti halia mereka menurun akibat penyakit bawaan tanah,” katanya kepada media selepas merasmikan Penyerahan Fasiliti Lengkap Nurseri Halia dan Bengkel Mosti Social Innovation (MSI) 2014 Teknologi Kultur Tisu dan Sistem Fertigasi di Plot Percubaan Tanaman Halia KPD kampung Binaong dekat sini kelmarin.

Seramai 60 orang menyertai bengkel yang bertemakan “Menjana Bioekonomi Bagi Rakyat Sabah Melalui Pemindahan Bioteknologi Moden” itu terdiri daripada penanam halia daerah Tambunan, Keningau dan para pelatih Pusat Latihan Pertanian OISCA Lagud Seberang Tenom.

Katanya, bagi Teknologi Kultur Tisu ia merupakan pembenihan (pembibitan) halia yang bebas daripada penyakit bawaan tanah.

Katanya, melalui teknologi ini, para penanam halia mudah mendapatkan benih yang bekualiti. Beliau berkata, program ini dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sementara itu Timbalan Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa (KPD) Bahagian Pembangunan dan Operasi Puan Jamilah Lee berkata, pengeluaran halia di Sabah pernah mencapai 4,289.8 mertik tan pada tahun 2009 tetapi menurun secara mendadak pada tahun 2010 kepada 1,507 metrik tan dan tahun berikutnya turun 638 metrik tan akibat berlakunya jangkitan penyakit bawaan tanah pada tahun 2009.

Katanya, masalah ini berterusan menyebabkan penanam halia pada masa ini sukar mendapatkan benih (bibit) halia yang bebas daripada penyakit terutama kepada petani konvensional yang mengamalkan cara tanam berpindah-pindah dan terdedah dengan serangan penyakit bawaan tanah.

Oleh itu katanya, pengeluaran bibit menggunakan cara kultur tisu dan penanaman halia secara fertigasi adalah cara atau kaedah yang baik pada masa ini dan dapat membantu penanam halia mendapat bibit.

Jelasnya, kaedah kultur tisu telah diperkenalkan oleh Saintis Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) manakala sistem fertigasi dalam penanaman halia telah terbukti oleh KPD boleh mengeluarkan halia secara komersial.

Hadir sama Pengarah Eksekutif ABI Prof Madya Dr Norihan Mohd Salleh, Pengarah Urusan Evergreen livestock Sdn. Bhd yang juga Usahawan Agro Daerah Keningau Prof Datuk Yap Yun Fook, Pengurus-Pengurus Kanan dan staf KPD.

   
Email Print
   
 
 
E-browse