Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

Kemuncak Perayaan Pesta Kaamatan Tambunan 19 Mei

17th May, 2018

TAMBUNAN: Kemuncak Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tambunan akan berlangsung pada 19 Mei depan yang akan diadakan di Pisompuruan Square, Tapak Tamu Pekan Tambunan, di sini.

Pegawai Daerah Tambunan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Thomas Logijin berkata, Pesta Kaamatan peringkat daerah ini telah diadakan sejak 12 Mei lalu dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan.

“Perayaan Pesta Kaamatan ini telah bermula sejak 12 Mei lalu iaitu program Tambunan Kaamatan Charity Ride dan pertandingan akhir tarik tali terbuka Tambunan. Pada 15 Mei pula telah diadakan Pertandingan Minsingilo Do Boros Kadazan Dusun.

“Manakala, pada 16 Mei program yang diadakan adalah Pertandingan Akhir Sugandoi Pesta Kaamatan dan Gala Night / Sodop Huminodun. Pada 17 Mei, program yang diadakan adalah Sodop Manangon (KDM Folklore Story Telling Night) dan Konsert Kaamatan Kumpulan Estranged. Manakala pada 18 Mei akan berlangsung pertandingan akhir Sepak Takraw dan bola tampar lelaki dan wanita serta pameran hasil pertanian, ternakan dan asas tani,” beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatanya di sini, kelmarin.

Katanya, antara aktiviti yang diadakan pada Kemuncak Perayaan Pesta Kaamatan ini adalah antaranya pameran hasil pertanian dan penjualan kraftangan, sukan tradisi, pertandingan bercerita, persembahan kebudayaan, persembahan koir, persembahan memalu gong dan tarian sumazau, Upacara Magavau, persembahan artis jemputan seperti Rasario Niny dan ramai lagi.

Beliau menjemput orang ramai untuk hadir bagi menyaksikan pelbagai acara menarik tersebut sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tambunan Tahun 2018. -OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse