Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

Matrix Show: Penyatuan sejarah, budaya dan etnik dalam seni

17th May, 2018

OLEH NOOR ZAFIRA SHAFIE

MEDIA Art Technology with Camera Tricks Excellence atau singkatannya MATRIX merupakan kursus teras Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan bagi Blok Seni untuk Program Teknologi Seni Visual yang melibatkan pelajar tahun tiga di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pernilaian projek bagi MATRIX dinilai mengikut disiplin dalam seni visual yang dirangkumkan dalam semua subjek sepanjang silibus dari semester satu hingga enam.

MATRIX 2018: Penyatuan dalam seni Tugasan yang melibatkan pelajar tahun akhir ini dijalankan berdasarkan kepada pengkhususan khas yang dipilih oleh setiap pelajar mengikut kecenderungan dan minat masing-masing.

Setiap karya yang dihasilkan hasil kerja tangan dan idea dari pelajar itu sendiri yang mana mempunyai motif Borneo meliputi aspek sejarah, etnik, makanan, motif dan pusat pelancongan.

MATRIX dianjurkan setiap tahun dan merupakan satu wadah yang mempamerkan hasil karya para pelajar yang terlibat sama ada dalam bidang pengkhususan animasi, pengiklanan, seni halus, ilustrasi grafik, lukisan catan, pembuatan arca, seramik, suntingan, video dan seni fiber.

Penglibatan pelajar dalam kursus MATRIX memberi ruang kepada mereka dalam menonjolkan bakat melalui karya atau produk berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan.

Seramai 66 pelajar terlibat dalam projek MATRIX kali ini dan projek itu juga dibuka kepada pengunjung luar untuk melawat dan membuat pembelian bagi setiap hasil karya seni. Anak jati berbangsa Iban berasal dari Sri Aman, Sarawak, Morrison Anak Jemat memilih elemen pembuatan arca menggunakan besi dalam projek MATRIX yang juga merupakan projek tahun akhir baginya.

Morrison, pembuat arca besi ‘Semangat Pahlawan Iban’

Berusia 23 tahun, semangat anak muda ini menghasilkan karya arca ‘Semangat Pahlawan Iban’ yang memakan masa lebih tujuh bulan hasil inspirasi dari minat dan keupayaan bermain dengan elemen besi.

“Saya memilih untuk membuat pengkhususan dalam seni arca berasaskan besi kerana saya ingin menghasilkan sesuatu kelainan dalam karya seni dan tahun ini merupakan tahun pertama pameran yang melibatkan penghasilan arca besi dihasilkan.

“Pastinya cabaran membuat arca dari elemen besi ini lebih banyak berbanding arca dari elemen lain dan paling berisiko.

“Saya mengalami beberapa kali kecederaan sepanjang tempoh membuat arca ini namun risiko ini mampu diatasi dengan mengutamakan aspek keselamatan dan paling utama, minat mengatasi segalanya,” jelas beliau kepada New Sabah Times sambil menambahn beliau bercadang meneruskan minat dengan menyertai industri pembuatan arca satu hari nanti.

Mustaqim: Ingin miliki studio dan kongsi ilmu pembuatan arca seramik “Satu hari nanti jika diizinkan, pastinya saya ingin memiliki studio seramik saya sendiri,” kata anak muda berusia 22 tahun, Noor Mustaqim Mohamed.

Memilih pengkhususan seni arca seramik, anak muda bersaiz badan kecik ini boleh diumpamakan sebagai kecil-kecil cili padi.

Hasil karya set teko, rantai kunci, magnet peti sejuk dan hiasan dalaman berasaskan seni seramik dihasilkan oleh beliau secara individu.

“Minat bermain dengan tanah ini saya rasakan mula kena dengan jiwa saya setelah mempelajari subjek di dalam kelas bersama tenaga pengajar atau tutor saya, Cik Noor Asmidayu Mohamad Fauzi.

“Hasil bimbingan dan tunjuk ajar memberi hasil dan banyak input kepada kami (pelajr) yang akhirnya dapat kami pamerkan kepada tontonan umum dalam MATRIX 2018,” jelas Mustaqim.

Menceritakan bagaimana beliau melakukan proses menyiapkan arca seramik, beliau memberitahu banyak proses diperlukan untuk seorang pembuat arca yang bermain dengan elemen seramik.

“Pastinya penghasilan arca seramik ini lebih memerlukan kemahiran teknik serta penyelidikan kerana karya yang ingin dihasilkan itu memerlukan kerja keras dan tidak mungkin akan sempurna dengan sekali atau dua kali percubaan.

“Untuk projek saya, tanah ini saya peroleh dari daerah Papar, iaitu kampung halaman rakan saya dan bukan sebarang tanah boleh digunakan untuk dijadikan medium penghasilan arca seramik.

“Selepas memperoleh tanah ini pula, saya perlu merendam dan menapis tanah-tanah ini serta membuat ujian bagi mengenalpasti kesesuaian material ini dengan produk yang ingin saya hasilkan khasnya,” tambah Mustaqim.

Katanya, cabaran paling sukar adalah lokasi dan tempat mencari tanah di fasa permulaan dan diikuti dengan kemahiran menghasilkan gabungan material dan tanah serta campuran lain-lain yang melibatkan kos pengeluaran yang agak tinggi.

“Sebagai seorang pelajar, faktor kos adalah antara kekangan dan cabaran yang saya rasakan agak memberi tekanan, dan untuk saya, lokasi mencari tanah ini adalah cabaran pertama paling mencabar dan diikuti dengan bajet untuk membeli bahan campuran dan medium lain yang datangnya dari negara luar seperti Amerika Syarikat dan Cina.

“Antaranya adalah warna, dan bahan campuran yang agak sukar diperoleh di pasaran tempatan,” tegas beliau.

“Korbankan semua yang termampu selagi kita nampak jalan arah tuju yang dirancang,” tambahnya lagi. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, Mustaqim turut mendapat tawaran daripada sebuah syarikat seni penghasilan arca tempatan untuk menjadi tenaga pengajar dalam teknik penghasilan arca seramik.

“Tidak lama lagi saya akan menjalani Latihan Industri dan sebuah syarikat yang sebelum ini pernah menawarkan saya untuk hadir ke syarikat mereka bagi tujuan perkongsian ilmu arca seramik bersama pelajar mereka turut menawarkan tempat kepada saya untuk tujuan Latihan Industri saya.

Bagi yang ingin melihat hasil karya Mustaqim atau membuat tempahan, laman media sosial instagram muss_pottery_art boleh dilawati dan juga laman facebook muss pottery art atau jika ingin membuat sebarang tempahan arca seramik, Mustaqim sedia menawarkan perkhidmatan dan anda boleh menghubungi beliau di talian 017-9334597.

Fahmi: Warna air antara elemen seni menarik dalam lukisan Lukisan yang menggunakan elemen warna air dan warna air campuran adalah antara teknik dalam penghasilan sesebuah lukisan.

Muhamad Fahmi Hisham, 22 tahun cenderung ke arah penghasilan seni lukis menggunakan warna air.

“Untuk MATRIX ini, saya hasilkan 20 lukisan bersaiz A3 dengan tema ‘Tanggungjawabku’ yang mana penceritaan disebalik lukisan saya adalah jasa seorang malim gunung.

“Saya menghasilkan lukisan ini dalam tempoh masa yang berbeza, ada yang satu lukisan saya dapat siapkan dalam sehari, ada yang satu lukisan saya siapkan dalam masa dua hari dan paling lama satu lukisan itu memakan masa lebih seminggu,” kata Fahmi ketika ditemui baru-baru ini di Galeri Seni, FKSW, Universiti Malaysia Sabah, UMS. Fahmi juga turut menggunakan teknik campuran di antara warna air dan serbuk batik dalam penghasilan lukisan beliau bagi projek MATRIX.

Menurut Fahmi, teknik dalam menghasilkan lukisan berbeza bagi setiap orang dan boleh dibuat dengan pelbagai cara mengikut keselesaan setiap artis itu sendiri.

Beliau juga turut meminati seni grafik dan mempunyai perancangan untuk terjun ke bidang tersebut.

“Untuk amatur yang baru mengasah bakat dalam bidang seni lukis khasnya, jangan takut untuk terus mencuba dan banyakkan usaha dengan menonton tutorial-tutorial lukisan yang kini banyak di laman internet dan banyakkan latihan.

“Tanpa latihan, mana mungkin bakat itu mampu diasah dan dipertajamkan, betul kan?,” katanya Fahmi sambil ketawa di sudut pameran lukisan beliau.

Fahmi turut menerima tempahan untuk lukisan potret dan sekiranya berminat boleh menghubungi beliau di talian 017-7993016 atau boleh melawat laman instagram beliau fahmi_art95.

Bina identiti sendiri dalam berkarya, Foo dokumentasikan hasil perfileman Pemilik hak cipta video filem pendek dokumentari berjudul ‘A dream’s dream’, Foo Wei Xuan, 22 tahun memilih untuk berkarya dalam teknik penghasilan video dokumentari.

Idea asal yang digarap dengan jalan cerita tentang masyarakat di kawasan persisiran pantai di Kampung Tanjung Layang telah membawa pelbagai pengalaman indah sebagai pembikin filem amatur ini.

“Dahulu sebelum saya belajar subjek penghasilan video dan filem, saya tidak tahu apa-apa tentang seni ini dan sejak belajar subjek ini, saya mulai tahu yang minat saya ke arah ini adalah lebih mendalam.

“Saya turut berjumpa dengan seorang rakan yang mana mengajar saya pelbagai teknik suntingan, kemahiran bermain dengan kamera dan akhirnya menjadi hobi saya sehingga kini, bahkan saya makin lama, makin suka kepada seni ini,” katanya.

Bakat yang dimiliki beliau turut digunakan olehnya di masa lapang dengan menjadi jurufoto dan juruvideo di majlis perkahwinan, majlis keramaian dan acara-acara lain yang dilakukannya bersama rakannya.

Memiliki susuk tubuh tinggi lampai dan berkulit cerah, pastinya jejaka tampan ini turut menarik perhatian ramai apabila bakatnya dalam penghasilan video dokumentari dikenalpasti.

“Karya saya yang berdurasi 11 minit dan lima saat ini melibatkan tiga fasa seperti biasa iaitu pra-penerbitan, penerbitan dan pasca-penerbitan.

“Dengan bimbingan tenaga pengajar dan hasil penyelidikan yang saya jalankan, saya dapati antara ketiga-tiga fasa penerbitan ini, fasa yang paling mencabar adalah ketika fasa produksi yang mana perancangan awal yang saya lakukan adalah berbeza dan berubah apabila saya sudah tiba di lapangan untuk sesi pengambaran.

“Misalnya, dokumentari saya ini yang memfokuskan mengetengahkan kehidupan masyarakat kawasan Kampung Tanjung Layang, antara mereka ada yang tidak mempunyai kad pengenalan dan kurang memberi kerjasama kepada saya, barangkali mereka berasa khuatir dan risau.

“Walau bagaimanapun, bantuan daripada tenaga pengajar saya untuk pembikinan projek ini memudahkan tugas saya,” katanya.

Foo juga berkata perbezaan fasa penerbitan dari perancangan asal beliau bagaimanapun tidak memberi masalah kerana beliau masih dapat mencapai objektif penerbitan dan matlamat dokumentari yang beliau rancangkan.

Bercita-cita untuk terus maju dalam bidang pembikinan secara freelance, Foo berkongsi kepada kami bahawa perkara asas bagi pembikin filem dan dokumentari adalah kamera.

“Untuk permulaan, kita mesti memiliki kamera sekurang-kurangnya dan macam saya, pada awalnya saya bermula dari gambar dan teknik mengambil gambar itu saya lanjutkan dengan mula merakam dan mengambil video-video dengan menggunakan kamera DSLR.

“Tidak dinafikan kualiti video yang dirakam dengan kamera DSLR tidak sehebat kamera khas untuk tujuan rakaman video, tetapi teknik dan latihan berterusan termasuk ketika suntingan sedikit sebanyak mampu membantu khasnya bagi pembikin filem amatur seperti saya,” ujar beliau lagi.

Bakat pelajar Tenaga pengajar atau tutor, Junior Kimwah ketika ditemui memberitahu bahawa melalui MATRIX SHOW yang saban tahun diadakan, banyak peluang untuk para pelajar masuk ke dalam industri dikenalpasti.

“Dalam pameran ini, banyak pihak dijemput untuk turut sama hadir melihat pameran hasil karya seni yang pelbagai dan ramai juga pelajar kita mendapat tawaran untuk menjalankan Latihan Industri, bahkan ada juga hasil karya pelajar yang dibeli dengan tawaran harga yang agak lumayan.

“Sebagai pembimbing dan senior kepada mereka, pastinya pengalaman semasa saya menyertai MATRIX pada tahun 2014 dahulu turut saya kongsikan kepada mereka dan saya juga berharap semoga bakat mereka dapat diperkembangkan lebih lagi,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse