Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Court decision on Petronas suit hailed |  Sabah, Sarawak leadership show support for Dr Mahathir |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  Mayor: Multi-lingual signages may help |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Boatmen nabbed on molest charges |  Teen reported missing found electrocuted |  Census on stateless, undocumented individuals |  PM:    Najib's 'I don't know about 1MDB' lame excuse | 
 BM

PSTL anjur program Bubur Lambuk di perkarangan KD Sri Sandakan

12th June, 2018

SANDAKAN: Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan telah menganjurkan Program Bubur Lambuk sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak bertempat di perkarangan KD Sri Sandakan dua hari lepas.

Program ini merupakan program tahunan yang menjadi sebahagian tanggungjawab sosial warga PSTL Sandakan kepada masyarakat setempat di bulan yang mulia ini.

Selain daripada menambah amal ibadah, program sebegini mampu mengeratkan lagi silaturrahim di antara anggota PSTL Sandakan sekaligus memperkenalkan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) kepada masyarakat.

Program ini turut dihadiri oleh Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang, yang hadir bersama isteri membantu menyumbang bagi menjayakan pelaksanaan aktiviti ini.

Program yang diketuai oleh Lt Dya Mohammad Faiz Razali ini telah bermula dengan pelbagai persiapan awal dibuat seperti penyediaan peralatan memasak serta bahan-bahan rencah untuk membuat bubur lambuk.

Kerjasama semua anggota PSTL Sandakan yang terlibat sepanjang proses memasak bubur lambuk sehinggalah membungkus dan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai melicinkan lagi program pada kali ini.

Bubur lambuk yang telah siap dijamah itu turut diagihkan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, serta masjid dan surau yang berhampiran.

Diharap dengan adanya program seperti ini, dapat memberi kesedaran kepada anggota PSTL Sandakan dan juga masyarakat berkaitan kepentingan beramal dan bersedekah, disamping mampu merapatkan lagi hubungan silaturahim serta memperkenalkan PSTL Sandakan kepada masyarakat setempat. -OLEH JAMES LEONG

   
Email Print
   
 
 
E-browse