Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Court decision on Petronas suit hailed |  Sabah, Sarawak leadership show support for Dr Mahathir |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  Mayor: Multi-lingual signages may help |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Boatmen nabbed on molest charges |  Teen reported missing found electrocuted |  Census on stateless, undocumented individuals |  PM:    Najib's 'I don't know about 1MDB' lame excuse | 
 BM

Shafie dahului 42 Adun angkat sumpah

12th June, 2018

OLEH MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendahului 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah termasuk Adun Dilantik mengangkat sumpah sebagai Adun.

Turut mengangkat sumpah ialah tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Adun Dilantik Datuk Seri Wilfred Madius Tangau merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian; Adun Api-Api Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan; dan Adun Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Barisan menteri Kabinet lain yang mengangkat sumpah ialah Adun Melalap Datuk Peter Anthony (Menteri Pembangunan Infrastuktur), Adun Dilantik Stephen Wong Tien Fatt (Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat), Adun Tanjung Aru Junz Wong (Menteri Pertanian dan Industri Makanan), Adun Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob (Menteri Pelajaran dan Inovasi), Adun Kadamaian Ewon Benedick (Menteri Pembangunan Luar Bandar), Adun Pantai Manis Datuk Aidi Moktar (Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri) dan Adun Tanjung Papat Menteri Belia Dan Sukan Poon Ming Fung @ Frankie.

Kemudiannya diikuti oleh pembantu-pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri yang lain. Persidangan khas itu adalah sidang DUN pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dimulakan kira-kira pukul 10.23 pagi tanpa kehadiran 21 Adun pembangkang termasuk bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman. Dalam sidang akhbar selepas persidangan itu Mohd Shafie berkata, persidangan DUN itu diadakan mengikut peraturan perlembagaan yang ditetapkan dan berjalan dengan baik.

“Kita telah maklumkan kepada semua Adun bahawa persidangan ini akan diadakan pada 11 haribulan (11 Jun) bermula jam 10 pagi supaya mereka maklum tentang perkara ini dan menghadirkan diri dalam proses angkat sumpah.

“Proses angkat sumpah ini dihadiri sejumlah 39 Adun, tidak termasuk empat Adun Dilantik. Kesemuanya berjumlah 43 orang Adun,” katanya.

Mohd Shafie berkata, Adun perlu mengangkat sumpah dalam tempoh tiga bulan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse