Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Patuh prosedur kuarantin sebelum bawa masuk tumbuhan ke Sabah |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  ‘Mixed blend of hulksters’ |  Brilliant Sabah U-19 squad notch up full points |  16-year-old Jessica shines again |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Kebajikan, keselesaan rakan jadi keutamaan kerajaan baharu: Dr Daud |  Pelancong dilarang masuk melawat masjid untuk sementara waktu |  APM buka Pejabat Unit Pertahanan Awam di Pulau Sebatik | 
 BM

K’jaan Negeri diminta terus berjuang tuntut kembali hak-hak Sabah

12th June, 2018

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diminta supaya meneruskan perjuangan menuntut kembali hak-hak Sabah menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perkara itu ditekankan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Syed Abas Syed Ali ketika menyampaikan ucapan ringkas sempena persidangan khas pertama DUN Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.

“Sebelum penutupan persidangan dewan undangan negeri yang lepas, saya telah menegaskan bahawa MA63 adalah penting bagi Sabah, di mana hak-hak Sabah dalam perjanjian itu perlu dikembalikan kepada rakyat Sabah.

“Sehubungan itu saya menaruh harapan tinggi supaya kerajaan sekarang ini, dapat meneruskan perjuangan ini untuk rakyat Sabah.

“Hari ini, ada kementerian baharu diwujudkan bagi memenuhi isi kandungan dalam MA63. Syabas dan tahniah, itu adalah kehendak dan harapan rakyat Sabah,” katanya.

Tiga kementerian terbabit ialah Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri; Kementerian Pelajaran dan Inovasi; Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Rakyat.

Syed Abas turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Adun yang menang pada PRU14 dan berharap mereka dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

“Walaupun sebilangan besar Adun adalah muka baharu dari kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Saya percaya dengan gandingan muka lama dan baru, kita sama-sama memberikan perkhidmatan terbaik untuk negeri ini.

“Saya berharap Yang Berhormat semua dapat mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan pembentangan dengan tertib selaras peraturan DUN supaya persidangan dapat dijalankan dengan baik.

“Di samping itu saya juga berharap semua Adun dapat menjalankan tugas yang diamanahkan di kawasan masing-masing dengan cemerlang,” katanya. – OLEH MARRYAN RAZAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse