Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Patuh prosedur kuarantin sebelum bawa masuk tumbuhan ke Sabah |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  ‘Mixed blend of hulksters’ |  Brilliant Sabah U-19 squad notch up full points |  16-year-old Jessica shines again |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Kebajikan, keselesaan rakan jadi keutamaan kerajaan baharu: Dr Daud |  Pelancong dilarang masuk melawat masjid untuk sementara waktu |  APM buka Pejabat Unit Pertahanan Awam di Pulau Sebatik | 
 BM

Golongan kurang bernasib baik tidak dilupakan: Aidi

12th June, 2018

PAPAR: Bantuan kewangan dan barangan dapur yang dihulurkan kepada golongan yang memerlukan terutama menjelang sebarang perayaan membuktikan keprihatinan kerajaan kepada rakyat.

Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah merangkap Adun Pantai Manis, Datuk Haji Aidi Haji Mokhtar, berkata bantuan ini membuktikan kerajaan prihatin terhadap keperluan golongan kurang bernasib baik terutama dalam menyambut bulan Ramadan supaya dapat sama-sama bergembira dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang tidak lama lagi kunjung tiba.

Beliau berkata umat Islam juga amat digalakkan untuk bersedekah dan melakukan amal jariah pada bulan Ramadan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kepada 41 penerima dari golongan asnaf Kg. Benoni dan Kg. Andus yang menerima bantuan wang daripada Pusat Zakat Sabah (PZS).

Pada majlis yang sama seramai 54 anak yatim telah diraikan dalam satu majlis penyampaian sumbangan anjuran Syukbah Kebajikan Masjid Jamek As-Salam Kg. Benoni yang disempurnakan oleh Aidi dan Ahli Parlimen Papar Haji Ahmad Haji Hassan di masjid berkenaan kelmarin.

Pada majlis itu Hj. Aidi dan Hj. Ahmad juga telah menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur sumbangan dari Yayasan AFAT Rahman kepada semua golongan asnaf terbabit.

Terdahulu Haji Ahmad dalam ucapannya berkata, majlis berbuka puasa bukanlah sekadar melepaskan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi merapatkan ukhuwah dan silaturahim serta melengkapkan ikatan perpaduan ummah yang telah sekian lama terjalin antara sesama Islam.

“Program ini juga mengingati kepada mereka yang kurang berkemampuan seperti golongan asnaf dan anak-anak yatim yang diraikan pada hari ini,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Aidi juga berkesempatan menyampaikan sumbangan berupa sejadah kepada Masjid Jamek As-Salam Kg. Benoni dan sumbangan dari Pengerusi Dewan Perniagaan Perindustrian India Muslim Sabah, Kadir Faroq berupa cek bernilai RM1,500 untuk dana anak-anak yatim.

Pengerusi Masjid Jamek As-Salam Kg. Benoni Hj. Ag. Tajuddin Bin Hj. Amp. Abas merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para penyumbang.

Antara penyumbang itu katanya Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, Jonsthan Lo, Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Syukbah Wanita, Kutipan Tabung Khas Masjid, PPPMS, Ahli Kariah/Sahabat Masjid serta semua individu sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga program ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Sementara itu, Aidi juga turut menghadiri Majlis Berbuka Puasa Parti Warisan Sabah Bahagian Papar bersama wira dan wirawati Warisan di Sky Hotel Kota Kinabalu baru-baru ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse