Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Court decision on Petronas suit hailed |  Sabah, Sarawak leadership show support for Dr Mahathir |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  Mayor: Multi-lingual signages may help |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Boatmen nabbed on molest charges |  Teen reported missing found electrocuted |  Census on stateless, undocumented individuals |  PM:    Najib's 'I don't know about 1MDB' lame excuse | 
 BM

Malaysia minta kredit yen daripada Jepun

13th June, 2018

TOKYO: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata beliau meminta Jepun memberi kredit yen kepada Malaysia, dengan rakan sejawatannya itu Shinzo Abe berkata beliau akan menimbang permohonan itu.

Dr Mahathir dalam taklimat kepada wartawan Malaysia mengenai hasil lawatan kerja tiga harinya ke Jepun, berkata beliau menyebut perkara itu kepada Abe pada pertemuan sebelum itu mengenai pinjaman mudah yang diberikan oleh Jepun kepadanya ketika beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri sebelum ini, dengan kadar faedah hanya 0.7 peratus yang dibayar balik lebih 40 tahun.

“Pada masa itu kedudukan kewangan Jepun sangat baik. Namun kali ini, kita juga meminta beliau menimbang memberikan kredit yen kepada Malasia dan beliau bersetuju untuk menimbangkannya,” katanya.

“Masa itu keadaan kewangan Jepun amat baik, tapi kali ini kita juga minta supaya dia timbang untuk memberi kredit yen (pinjaman) kepada Malaysia, dan dia mengaku bahawa dia akan timbang,” katanya.

“Kredit yang dia (Jepun) bagi itu untuk kita buat apa yang kita janji dengan dia, mungkin juga kita akan selesaikan pinjaman berkos tinggi yang kita ada dan menggantiannya dengan kredit yen.

“Oleh itu, kadar faedah akan lebih murah dan kita tidak perlu menanggung faedah yang besar, untuk tempoh yang lama,” kata Dr Mahathir.

Kerajaan baharu di bawah kepimpinan Dr Mahathir, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ketujuh bulan lepas, mendapati hutang kerajaan persekutuan mencecah RM1 trilion, dan berusaha menurunkan paras berkenaan.

“Kredit yen ini kalau diberi sebagai soft loan (pinjaman mudah) akan menolong membantu kita untuk tangani masalah hutang kita yang besar. Kita tak semestinya menyelesaikan pinjaman lama, tetapi yang murah ini (kadar faedah) ini boleh menyumbang kepada pemulihan situasi hutang kita,” kata perdana menteri.

Beliau menarik perhatian bahawa Malaysia mengambil pinjaman sebelum ini dengan kadar faedah yang amat tinggi sehingga mencecah enam peratus, dan ada juga orang yang menguruskan kredit ini mendapat komisyen sehingga 10 peratus.

Jelasnya: “Bila kita bagi 10 peratus komisyen, bermakna kalau kita ambil (pinjaman) 100 juta, bermakna kita dapat hanya 90 juta, tapi kita masih kena bayar dengan kadar faedah yang sama seperti 100 juta.

“Jadi kalau kita ambil 90 juta, tetapi kita bayar untuk 100 juta bermakna faedah itu meningkat dari enam peratus kepada tujuh atau 7.5 peratus. Ini menyebabkan kos meminjam terlalu tinggi.”

“Kalau kita boleh kurangkan kos itu dengan kita mungkin pinjam dari punca yang lain, yang mana kadar faedanya rendah, kita akan dapat menyelesaikan pinjaman lama,” kata Dr Mahathir

Beliau berkata jumlah kredit yen yang dipohon tidak dibincangkan bersama Abe. Dr Mahathir turut ditanya mengenai laporan bahawa projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura tidak dibatalkan sebaliknya ditangguhkan. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse