Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

19 lagi Adun Sabah angkat sumpah

13th June, 2018

KOTA KINABALU: Seramai 19 daripada 21 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah yang tidak menghadiri persidangan khas DUN pada Isnin, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Datuk Syed Abbas Syed Ali, kelmarin.

Kesemua mereka iaitu sembilan daripada Umno; enam daripada Parti Bersatu Sabah); dua wakil Parti Solidariti Tanah Airku serta masing-masing seorang daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah dan UPKO mengangkat sumpah di Pejabat Speaker DUN, di sini.

Antara yang hadir mengangkat sumpah jawatan pada hari ini ialah Datuk Hajiji Mohd Noor (Sulaman); Datuk Masidi Manjun (Karanaan); Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut); Datuk Jahid Jahim (Tamparuli) ; Datuk Joniston Bangkuai (Kiulu); dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Tambunan).

Baki dua lagi wakil rakyat yang belum mengangkat sumpah ialah daripada Umno iaitu Tan Sri Musa Aman selaku Adun Sungai Sibuga serta Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).

Nizam difahamkan sedang menunaikan ibadah umrah, sementara Musa pula dilaporkan oleh peguamnya sedang mendapatkan rawatan perubatan di lokasi yang tidak didedahkan.

Sementara itu, Hajiji ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata mereka akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan memberi khidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Semalam, seramai 43 Adun termasuk empat Adun dilantik mengangkat sumpah jawatan pada persidangan khas DUN yang juga merupakan sidang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu.

Upacara angkat sumpah tersebut didahului oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diikuti tiga Timbalannya iaitu Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Christina Liew; dan Datuk Jaujan Sambakong.

Turut berlangsung pada persidangan khas itu ialah pembentangan usul undi percaya kepada Mohd Shafie sebagai ketua menteri oleh Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse