Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Court decision on Petronas suit hailed |  Sabah, Sarawak leadership show support for Dr Mahathir |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  Mayor: Multi-lingual signages may help |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Boatmen nabbed on molest charges |  Teen reported missing found electrocuted |  Census on stateless, undocumented individuals |  PM:    Najib's 'I don't know about 1MDB' lame excuse | 
 BM

Cadangan projek kereta baharu akan tingkat keupayaan kejuruteraan Malaysia

13th June, 2018

TOKYO: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek kereta nasional baharu akan membantu meningkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, ketika beliau mula melaksanakan projek kereta Proton pada tahun 1980-an, Malaysia tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai cara membuat kereta tetapi secara beransur-ansur memperoleh pengetahuan untuk mereka bentuk, membuat dan mengeluarkan kereta secara besar-besaran selama lebih daripada dua dekad.

“Malangnya Proton telah dijual kepada orang China yang telah diberi hak untuk menguruskan Proton, jadi Malaysia sekarang tidak memanfaatkan kemahiran terbabit,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Jepun pada Selasa.

Dr Mahathir, yang pertama kali mendedahkan rancangan untuk inisiatif nasional baharu untuk Malaysia di Persidangan Nikkei di sini semalam berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan peluang bagi jurutera Malaysia melakukan sesuatu dengan sendiri di Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa Proton tidak lagi merupakan kereta nasional. Pada sidang akhbar hari ini, Dr Mahathir berkata agak banyak syarikat kejuruteraan Malaysia terpaksa ditutup kerana mereka tidak dapat membekalkan barangan mengikut permintaan pemilik atau pengurus baharu Proton.

“Kita perlu menghidupkan mereka semula kerana keseluruhan idea mengenai pelaburan dalam kereta nasional bukan sekadar membina sebuah kereta nasional, ia menjadi pemangkin untuk meningkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia,” kata Perdana Menteri.

Menurut beliau, itu adalah apa yang sebenarnya berlaku dengan projek Proton. Dr Mahathir berkata, industri automotif adalah pasaran yang sangat besar.

“Di seluruh dunia, syarikat memperolehi komponen kereta melalui penyumberan luar, kita boleh menghasilkan komponen kereta berjenama di Malaysia dan mengeksportnya yang akan menghasilkan banyak pertukaran asing,” katanya.

Dr Mahathir berkata, sesiapa sahaja yang mahu terlibat dalam projek kereta baharu itu perlu mengemukakan cadangan.

“Jika cadangan itu baik, kita perlu memberi peluang kepada mereka. Bagaimanapun, kita tidak mahu memberi lesen kepada orang untuk mereka jual (kepada pihak lain). Ini adalah sesuatu yang kerajaan ini akan hentikan,” katanya.

“Sekiranya kita memberi lesen kepada orang itu, orang itu mesti melakukan kerja itu. Jika dia didapati menjual lesen itu kepada orang lain, kita akan mengambilnya balik,” tambahnya.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse