Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Court decision on Petronas suit hailed |  Sabah, Sarawak leadership show support for Dr Mahathir |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  Mayor: Multi-lingual signages may help |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Boatmen nabbed on molest charges |  Teen reported missing found electrocuted |  Census on stateless, undocumented individuals |  PM:    Najib's 'I don't know about 1MDB' lame excuse | 
 BM

Junz Wong mahu pastikan harga getah Sabah kembali stabil

13th June, 2018

KENINGAU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong kelmarin berjanji akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan harga komoditi getah kembali stabil.

Beliau berkata antara usaha yang akan diambil termasuk melakukan beberapa pembaharuan dalam Lembaga Industri Getah Sabah bagi meningkatkan harga getah sekali gus membantu menaikkan pendapatan pekebun kecil.

“Bagaimanapun saya mohon diberi sedikit masa. Saya akan memperjuangkan nasib serta membantu pekebun kecil kerana ini adalah hasrat saya,” katanya ketika ditemui Bernama selepas melawat kilang pemprosesan getah swasta, di sini.

Pada masa sama beliau turut menasihati pekebun kecil agar tidak menebang pokok getah masing-masing untuk beralih kepada jenis pertanian lain semata-mata kerana harga getah semasa yang rendah.

Getah masih antara komoditi penyumbang kepada pendapatan negeri dan keperluan serta permintaan terhadap bahan itu masih tinggi, katanya.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse