Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Court decision on Petronas suit hailed |  Sabah, Sarawak leadership show support for Dr Mahathir |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  Mayor: Multi-lingual signages may help |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Boatmen nabbed on molest charges |  Teen reported missing found electrocuted |  Census on stateless, undocumented individuals |  PM:    Najib's 'I don't know about 1MDB' lame excuse | 
 BM

Seorang lelaki ditahan bantu siasatan kes curi kabel

13th June, 2018

OLEH MARLINA MACPEE

LAHAD DATU : Polis menahan seorang lelaki pada Jumaat lepas, bagi membantu siasatan berhubung kes curi kabel dan tembaga milik Palm Oil Industrial Cluster (POIC) serta merampas selaras lagi bakakuk dan dua laras senapang angin.

Ketua Polis Daerah ini, ACP Hamzah Ahmad berkata, suspek warga tempatan berumur 33 tahun itu telah ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Keliatan kira-kira jam 10.00 malam.

“Penangkapan itu mendedahkan suspek turut memiliki selaras bakakuk, dua laras senapang angin yang disembunyikan di kawasan kelapa sawit di Kampung Bulus Batu 8,Jalan Tengah Nipah yang juga digunakan untuk pemburuan secara haram.

“Suspek yang ditahan itu kini direman tujuh hari bermula Jumaat lepas dan siasatan kes masih diteruskan,”katanya dalam sidang akhbar di sini, malam kelmarin.

Sementara itu Hamzah berkata, hasil dari susulan siasatan yang dijalankan pihaknya turut mendapati suspek yang ditahan itu merupakan adik kandung kepada suspek pertama berumur 48 tahun yang telah ditahan sebelum ini menerusi Ops Cantas pada selasa lepas, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi yang sama.

Sehubungan itu, kata Hamzah kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali atas kesalahan curi dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman tujuh tahun penjara, denda RM10 ribu atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan kerana memiliki barangan senjata api.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan individu yang memiliki senapang bakakuk untuk tampil memberi maklumat kepada pihak polis bagi diambil tindakan lanjut.

   
Email Print
   
 
 
E-browse