Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

Pimpinan negara perlu tunjuk teladan terbaik cegah rasuah

11th July, 2018

PUTRAJAYA: Pucuk pimpinan negara perlu menunjukkan teladan terbaik dalam usaha mencegah rasuah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, jika pimpinan tertinggi kerajaan hanya meminta pegawai bawahan tidak melakukan rasuah tetapi mereka sendiri tidak menunjukkan teladan, maka rasuah berterusan.

Katanya Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk melawan rasuah apabila mengambil alih tampuk kepimpinan negara dengan menjalankan pelbagai usaha termasuk menubuhkan satu badan untuk mencegah rasuah dan memperkuatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita sedang mengubal undang-undang dan cara-cara mentadbir supaya kita dapat mengurangkan rasuah dan kemungkinan menghapuskan rasuah di Malaysia,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan taklimat khas kepada hampir 160 anggota pentadbiran kerajaan termasuk jemaah menteri dan wakil rakyat PH di ibu pejabat SPRM di sini, kelmarin. Beliau berkata taklimat hari ini diadakan untuk wakil-wakil rakyat menunjukkan teladan terbaik.

Kepada soalan adakah beliau telah melakukan secukupnya untuk mencegah wakil rakyat PH daripada terbabit rasuah, Dr Mahathir secara berseloroh berkata : “Saya tahu sama ada saya telah melakukan secukupnya sehinggalah saya dapati mereka melanggar undang-undang”.

Berhubung pengisytiharan aset, perdana menteri berkata kerajaan masih menimbangkan tentang sebanyak mana maklumat akan didedahkan kepada umum berkaitan dengan aset anggota Parlimen dan keluarga mereka supaya ia tidak menjejaskan privasi mereka.

Setakat ini, beliau berkata tiada siapa yang telah mengisytiharkan aset mereka dan tiada tempoh masa diberikan untuk berbuat demikian.

Dr Mahathir turut ditanya sama ada gaji penggubal undang-undang akan dinaikkan berikutan ia jauh lebih rendah daripada sektor swasta.

“Saya tahu gaji anggota Parlimen lebih rendah berbanding dengan sektor swasta. Kami tidak mahu ia jauh lebih rendah daripada sektor swasta jadi kami akan kurangkan gaji di sektor swasta,” katanya secara berseloroh yang mendapat pelbagai respons berbeza daripada hadirin.

Dr Mahathir turut mendedahkan bahawa ada dalam kalangan mereka yang menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menerima sebanyak RM7 juta setahun.

Sementara itu, Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang merangka formula terbaik dalam memastikan gejala rasuah yang berlaku di negara ini dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.

Beliau berkata sejak mengambil alih kerajaan pusat, pihaknya telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menggubal undang-undang melibatkan rasuah dan merangka kaedah pentadbiran terbaik supaya dapat membanteras perbuatan rasuah.

“Ini bukannya langkah pertama, dan kami telah melakukan banyak kerja untuk mencegah rasuah di negara ini… kami akan berusaha habis-habisan untuk membanteras rasuah daripada berlaku di negara ini. Diharapkan kami sekurang-kurangnya berjaya pada tahap tertentu ke arah mencapai objektif itu,” katanya

   
Email Print
   
 
 
E-browse