Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

Keberkesanan undang-undang berkaitan pemandu mabuk dikaji: Loke

11th July, 2018

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan akan melihat semula keberkesanan undang-undang sedia ada dalam menangani kes memandu dalam keadaan mabuk terutamanya dalam soal hukuman yang dikenakan, kata Menterinya Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata penyelesaian segera perlu dicari bagi menangani isu itu selepas peruntukan sedia ada dalam undang-undang berkaitan dilihat tidak setimpal berbanding kesan daripada kesalahan tersebut.

“Sekiranya aspek undang-undang sedia ada tidak cukup ketat, kita akan pertimbang untuk memperketatkannya selepas ini,” katanya mengulas insiden empat lelaki maut dan seorang lagi patah kaki setelah dirempuh kereta dipandu pemandu mabuk di Tawau, Sabah pada Ahad lepas.

Bercakap kepada pemberita di sini kelmarin selepas melepaskan konvoi 22 peserta menggunakan kereta Porsche dari Putrajaya ke Bangkok, Thailand bagi menyertai sambutan Ulang Tahun Porsche ke-70, Loke berkata beliau telah mengarahkan siasatan terperinci dibuat berhubung insiden itu dan mahu pendakwaan sepatutnya dilakukan.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi Ahad itu, kereta dipandu wanita mabuk dikatakan melanggar tiga buah kenderaan serta orang yang sedang melepak di kawasan Jalan Chong Thien Vun, Tawau.

Untuk rekod, ketika ini pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dituduh di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM6,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh didakwa di bawah Seksyen 43 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh juga dihukum penjara maksimum 12 bulan.

Sementara itu, Loke berkata beliau telah menyerahkan nama calon yang dicadangkan untuk mengisi jawatan pengerusi eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse