Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

KPLB akan perhebat program basmi kemiskinan di Sabah

11th July, 2018

OLEH MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memperhebatkan lagi program pembasmian kemiskinan di negeri ini bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Sehubungan itu, Menterinya Ewon Benedick berkata, beliau akan melihat semula semua program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan sebelum ini bagi mengenalpasti prestasi program berkenaan.

“Minggu ini, saya akan memulakan lawatan ke dearah- dearah untuk melihat sendiri prestasi Program Pembasmian Kemiskinan terutamanya melibatkan Program Mini Estate Sejahtera (Mesej) Kelapa Sawit, Getah dan Akuakultur

“Daerah pertama yang saya akan lawat ialah Kota Marudu dan Pitas pada Jumaat dan Sabtu minggu ini. Ini adalah sebahagian daripada aspirasi saya di KPLB iaitu melihat semula program pembasmian kemiskinan di seluruh Sabah mencapai objektif yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri KPLB, di Dewan Serbaguna KPLB, di sini, kelmarin.

Turut hadir Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof, Yacob, Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony, Setiausaha Tetap KPLB Abu Bakar Hj. Abdul Latif, pembantu-pembantu menteri dan pegawai- pegawai daerah seluruh Sabah.

Ewon berkata selain program pembasmian kemiskinan, program lain yang akan diberi tumpuan ialah memberikan nilai tambah program Mesej terutamanya Pelancongan Desa dan pembinaan jalan luar bandar menggunakan teknologi terkini berasaskan getah (Rubberised Road).

Pada persidangan dewan undangan negeri baru-baru ini, Ewon dipetik sebagai berkata bahawa kadar kemiskinan negeri Sabah bagi tahun 2016 turun ke paras 2.9 peratus berbanding 19.7 peratus pada 2009.

Beliau berkata Laporan itu berasaskan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang dilakukan dua kali bagi setiap lima tahun untuk meninjau keberkesanan program pembangunan sosial dan ekonomi terhadap pendapatan rakyat.

Mengenai penjenamaan semula institusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) di negeri ini, beliau berkata ia melibatkan penukaran nama institusi, tatacara pelantikan, bilangan keahlian jawatankuasa, elaun dan lain-lain hal yang berkaitan.

“Nama baru itu tidak semestinya mengikut nama yang dibuat di Semenanjung iaitu Majlis Pengurusan Komuniti, tetapi kita mahu satu identiti Sabah yang tersendiri, menunjukkan kita ada sistem pentadbiran sendiri,” katanya.

Beliau berkata penjenamaan semula itu melibatkan fungsi institusi berkenaan. “Fungsi kita perkasakan, lebih besar dan lebih baik daripada struktur JKKK sebelum ini”.

“Cara pemilihan JKKK pun akan berubah kerana rakyat mencadangkan kepada saya bahawa demokrasi pemilihan seharusnya bermula dari peringkat akar umbi.

“Saya setuju pemilihan pengerusi (JKKK) dipilih oleh penduduk kampung berkenaan. Pada masa yang sama, kita juga perlu perhalusi siapa yang layak memilih. Saya harap dapat bentangkan perkara ini di Kabinet pada bulan ini,” katanya.

Pada majlis itu Ewon menyampaikan sumbangan raya kepada 30 kanak-kanak daripada Maad Tahfiz Nahdatul Ilmiah Taman Sempelang Sembulan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse