Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

Sabah perlu peruntukan tambahan bagi infrastruktur pendidikan

11th July, 2018

KOTA KINABALU: Sabah memerlukan peruntukan tambahan bagi melaksanakan projek pembangunan infrastruktur pendidikan memandangkan peruntukan yang telah diberikan masih belum mencukupi, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri Datuk Dr Yusof Yacob.

Beliau berkata peruntukan yang ada ketika ini adalah bagi melaksanakan projek kecemasan penambahbaikkan infrastruktur pendidikan berjumlah RM36 juta yang diberikan menerusi tabung khas.

Sehubungan itu, Yusof berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu bersama menteri pendidikan di peringkat Persekutuan bagi membolehkan Sabah menerima peruntukan tambahan seterusnya melaksanakan lebih banyak projek pembangunan infrastruktur pendidikan di kawasan memerlukan.

“Namun, kita (kerajaan negeri) akan meneruskan projek pembinaan infrastruktur pendidikan di Sabah menggunakan peruntukan yang telah diberikan kerajaan Persekutuan.

“Kita telah mengenal pasti masalah terbabit dan tindakan telah mula diambil. Sekarang (kerja-kerja pembangunan) dalam fasa pelaksanaan dan ia akan dilakukan secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya bersama warga pendidikan Sabah di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul. Yusof berkata kerajaan negeri akan melaksanakan projek kecemasan terlebih dahulu di kawasan memerlukan pembaikan kemudahan asas dan infrastruktur pendidikan segera sebelum meneruskan lebih banyak projek pembangunan lain pada tahun depan.

Beliau juga berharap masalah infrastruktur kritikal termasuk akses jalan raya, bekalan air dan elektrik serta kemudahan internet di sekolah- sekolah dapat diselesaikan dalam tempoh setahun atau dua tahun.

Berhubung sekolah daif, sejumlah RM500 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja penambahbaikan sekolah itu di Sabah pada tahun ini dan diharap jumlah sama diteruskan pada tahun depan, katanya.

Dalam perkembangan lain, Yusof berkata, sasaran untuk memastikan tenaga pengajar Sabah terdiri daripada anak kelahiran negeri ini telah hampir mencapai sasaran dengan sebanyak 87.13 peratus guru-guru sekolah adalah anak tempatan.

Pada majlis itu, Yusof turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Iktisad Islam Malaysia melalui Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri kepada enam sekolah agama rakyat di Sabah. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse