Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

UMS, KTSP meterai MoA perkukuh kerjasama penyelidikan perhutanan

11th July, 2018

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) kelmarin memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan KTS Plantation (KTSP) Sdn Bhd bagi memperkukuh kerjasama untuk melaksanakan penyelidikan saintifik dalam bidang perhutanan.

MoA itu ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor UMS (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Rasid Mail bagi pihak universiti, dan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Datuk Vincent Lau Lee Ming, disaksikan Timbalan Ketua Konservator Hutan (Penyelidikan) Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) Robert Ong.

Kerjasama penyelidikan melibatkan Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS itu meliputi tiga objektif utama iaitu populasi hidupan liar; pengurusan silvikultur; dan potensi pelancongan alam semula jadi di kawasan KTSP.

Naib Canselor UMS Datuk Dr D Kamarudin D Mudin, dalam ucapannya yang dibacakan Rasid berkata, kemudahan kompleks sains dan perhutanan di fakulti terbabit akan dapat membantu KTSP serta JPS dalam mencapai matlamat penyelidikan ke arah meningkatkan amalan pengurusan hutan lestari bagi pemuliharaan hutan di Sabah pada masa akan datang.

“Saya berharap majlis menandatangani MoA ini akan menjadi input yang membantu cabaran strategik dalam meningkatkan pengurusan hutan lestari melalui sains dan penyelidikan,” katanya.

Sementara itu, Vincent berkata kerjasama itu tidak hanya menjadi platform bagi KTSP mempamerkan kekayaan yang terdapat di Hutan Simpan Segaliud Lokan tetapi juga berupaya memberi manfaat kepada pelajar UMS khususnya dalam bidang penyelidikan, penghasilan tesis dan latihan industri. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse