Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three points to seal berth |  Sabah hulksters fourth at 49th Mr Malaysia Bodybuilding Championship |  Motivate yourselves for university studies, pre-U students told |  Riparian forest buffers means increased plantation yields |  Swiftlet industry boosted |  Underprivileged boys discover Klagan’s hospitality |  Learning about orang-utan via ‘The Amazing Orangutan Challenge’ |  Kusai kinoizonon nataan id ponginaman mogovit humabus tumau pagansak |  RTM potindooi aadang sabaagi impoon popisompuu layat |  Papanau padsakazan ginumuan posoovon tumanud kootulan |  Susumakai motusaikol nopujulan kiniopon id suang kohigaganan |  Proton, Geely to set up facilities in China |  Unstable environment for foreign inflows |  Ewon mahu lebih banyak pusat e-Desa diwujudkan di luar bandar |  JKR diminta segera baiki jalan Sampir-Pantai Teringai yang rosak teruk | 
 BM

Imigresen tahan wanita Indonesia disyaki terlibat pemalsuan dokumen

11th July, 2018

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Sabah menahan seorang wanita warga Indonesia kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memalsukan dokumen berkaitan urusan imigresen.

Wanita berumur 28 tahun itu adalah seorang daripada dua individu yang diperiksa di sebuah premis kedai runcit di Internation Flat L, Batu 2.5, Jalan Utara, Sandakan, oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Sandakan pada kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada Isnin.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Musa Sulaiman dalam kenyataannya kelmarin berkata individu kedua iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 31 tahun yang diperiksa dalam Ops Mega 3.0 (SERKAP) yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Azlan Shah Hashim itu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Wanita berkenaan pula ditahan di Pusat Tahanan Sementara Sungai Sibuga untuk tindakan lanjut.

Menurut Musa beberapa dokumen seperti lesen memandu antarabangsa, salinan dokumen IMM13, borang permohonan Jabatan Pendaftaran Negara, borang perakuan nikah termasuk borang perakuan nikah luar negara, buku pasport antarabangsa Pakistan yang meragukan, surat permohonan masuk, sejumlah wang tunai, pemacu keras dan banyak lagi dokumen lain berkaitan dirampas daripada wanita dan lelaki berkenaan.

Turut dirampas kata Musa ialah beberapa peralatan seperti mesin pencetak, mesin pengimbas, kamera, dakwat dan beberapa kad berwarna putih yang belum diproses.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse