Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three points to seal berth |  Sabah hulksters fourth at 49th Mr Malaysia Bodybuilding Championship |  Motivate yourselves for university studies, pre-U students told |  Riparian forest buffers means increased plantation yields |  Swiftlet industry boosted |  Underprivileged boys discover Klagan’s hospitality |  Learning about orang-utan via ‘The Amazing Orangutan Challenge’ |  Kusai kinoizonon nataan id ponginaman mogovit humabus tumau pagansak |  RTM potindooi aadang sabaagi impoon popisompuu layat |  Papanau padsakazan ginumuan posoovon tumanud kootulan |  Susumakai motusaikol nopujulan kiniopon id suang kohigaganan |  Proton, Geely to set up facilities in China |  Unstable environment for foreign inflows |  Ewon mahu lebih banyak pusat e-Desa diwujudkan di luar bandar |  JKR diminta segera baiki jalan Sampir-Pantai Teringai yang rosak teruk | 
 BM

Arab Saudi lancar ‘Perkhidmatan Tetamu Allah’ untuk mudahkan kemasukan jemaah haji

12th July, 2018

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi akan melancarkan program ‘Perkhidmatan Tetamu Allah’ di negara asal jemaah haji pada 14 Julai ini bagi memudahkan prosedur sebaik sahaja mereka tiba di Arab Saudi.

“Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan pasukan Arab Saudi yang terdiri daripada beberapa pihak berkuasa Saudi termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Haji dan Umrah, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pasport, Pusat Maklumat Kebangsaan serta Lembaga Penerbangan Awam,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Media, Kedutaan Besar Arab Saudi di sini kelmarin.

Kenyataan itu menyebut pasukan ini ditugaskan untuk melengkapkan semua prosedur termasuk cap jari dan cap pasport di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Prosedur ketibaan serta bagasi akan diurus di Malaysia dan jemaah diberi pintu kemasukan khas sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putra Mohammed bin Abdulaziz di Madinah.

Sebaik tiba, jemaah akan bergerak terus ke kediaman mereka termasuk prosedur bagasi akan dihantar ke kediaman masing-masing.

Kedutaan Arab Saudi berkata ia adalah inisiatif yang dicadangkan oleh Kerajaan Penjaga Dua Masjid Suci dalam Program Perkhidmatan Jemaah Haji dan merupakan antara Wawasan Arab Saudi 2030.

“Program ini telah diuji ke atas jemaah haji Malaysia pada musim haji 1438H melalui dua fasa. Fasa pertama termasuk dua penerbangan membawa 75 jemaah, fasa kedua termasuk lima penerbangan membawa 1,600 jemaah,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kejayaan program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada kerajaan dan rakyat Malaysia pada tahun lepas.

“Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia yang menyediakan semua kemudahan kepada pasukan Arab Saudi untuk kejayaan inisiatif ini, dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa Arab Saudi yang menyertai kejayaan usaha ini,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse