Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

IKS Sabah dijangka sedia 600,000 peluang pekerjaan menjelang 2023

12th July, 2018

TUARAN: Industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah dijangka dapat menyediakan sehingga 600,000 peluang pekerjaan menjelang 2023 berikutan kepesatan pembangunan sektor berkenaan.

Ketika menyuarakan rasa optimis itu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini berdasarkan kejayaan IKS yang mampu menyediakan 450,000 peluang pekerjaan setakat 2015.

Malah, katanya, ini turut didorong oleh kejayaan kepesatan pembangunan IKS di negeri ini yang berupaya menyediakan platform keusahawanan serta menjana pendapatan di peringkat setempat.

“Usaha-usaha seperti Satu Daerah Satu Industri Kecil (OD1SI) pastinya akan meramaikan lagi usahawan tempatan, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan juga meningkatkan pendapatan setempat.

“Selain itu, OD1SI juga selaras dengan visi kerajaan Sabah yang mahukan nilai tambah kepada hasil sumber asli Sabah,” katanya pada pelancaran Festival IKS (FIKS) dan OD1SI di Tamparuli dekat sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negeri.

Mengulas selanjutnya, Mohd Shafie berkata penerapan konsep OD1SI akan memastikan kelangsungan usaha yang menyeluruh agar semua hasil sumber asli keluaran Sabah turut memiliki nilai tambah.

Sehubungan itu, beliau berharap inisiatif OD1SI turut dibangunkan di setiap daerah di Sabah bagi menggalakkan penglibatan lebih ramai rakyat di negeri ini dan seterusnya menambah pendapatan.

Sementara itu, Tangau berharap rakyat negeri ini agar yakin dengan produk keluaran Sabah. “Jangan terlalu mengagungkan produk luar negara sehingga lupa pada produk buatan Sabah. Kita perlu bangga dengan produk sendiri,” katanya.

Hadir sama, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Mokhtar; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Ewon Benedick; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ahmad Abdul Rahman, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dr Daud Yusof dan Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Uda Sulai.

   
Email Print
   
 
 
E-browse