Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three points to seal berth |  Sabah hulksters fourth at 49th Mr Malaysia Bodybuilding Championship |  Motivate yourselves for university studies, pre-U students told |  Riparian forest buffers means increased plantation yields |  Swiftlet industry boosted |  Underprivileged boys discover Klagan’s hospitality |  Learning about orang-utan via ‘The Amazing Orangutan Challenge’ |  Kusai kinoizonon nataan id ponginaman mogovit humabus tumau pagansak |  RTM potindooi aadang sabaagi impoon popisompuu layat |  Papanau padsakazan ginumuan posoovon tumanud kootulan |  Susumakai motusaikol nopujulan kiniopon id suang kohigaganan |  Proton, Geely to set up facilities in China |  Unstable environment for foreign inflows |  Ewon mahu lebih banyak pusat e-Desa diwujudkan di luar bandar |  JKR diminta segera baiki jalan Sampir-Pantai Teringai yang rosak teruk | 
 BM

Sambutan Aidilfitri SMK Labuan 2018 meriah

12th July, 2018

LABUAN: Lebih 500 warga sekolah yang terdiri daripada guru, pelajar dan ibu bapa hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri SMK Labuan 2018 yang diadakan di Dewan Mutiara, sekolah itu, Sabtu lalu.

Program yang dikelolakan Kelab Kebajikan Staf (KKS) SMK Labuan dan PIBG SMK Labuan itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Urusan Labuan Liberty Port Management (LLPM) Sdn Bhd, Dato’ Sri Haji Mohd Alias Abd Rahman dan isteri, Datin Sri Dato’ Hajah Norsiah Abdullah, Yang DiPertua PIBG, Haji Md Yusof Haji Chuchu dan Ketua Sektor Penilaian & Peperiksaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Sawal Salleh, yang mewakili Pengarah JPWPL, Raisin Saidin.

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbiran, Zalina Zunkepely, Marziawati Mardan (PK HEM), Cheah Teong Aik (PK Kokurikulum), Kitli Beka (PK Petang) dan Saminan Sabtu (PK Tingkatan Enam).

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata sempena sambutan itu, pelbagai acara diadakan termasuk pertandingan gerai terbaik yang dimenangi Gerai Bidang Kemanusiaan, naib johan, Gerai Bidang Bahasa dan ketiga Gerai Pra U.

Dalam Pertandingan Pakaian Sedondon, johan menjadi milik Keluarga Cikgu Kitli Beka, naib johan, Keluarga Cikgu Ismail Abdullah dan ketiga Keluarga Ustaz Mohd Saifullizan Yasin.

Sementara Anugerah Penampilan diraih Cikgu Noorul Syarhida Nurul Hadi. Tambah Ismail, AJK PIBG dan guru yang hadir bersama keluarga disajikan dengan pelbagai menu termasuk soto, lontong, sate, kelupis, kek dan kuih muih.

Beliau yakin menerusi penganjuran Aidilfitri itu akan mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara warga guru dengan PIBG serta tetamu yang diundang.

“Program Aidilfitri itu dijadikan ruang dan peluang untuk warga guru dan keluarga meningkatkan ikatan silaturahim bersama AJK PIBG dan tetamu yang hadir,” katanya. -OLEH: JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse