Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Mahkamah Anak Negeri kecewa pihak berkuasa roboh rumah panjang

12th July, 2018

NABAWAN: Mahkamah Anak Negeri (MAN) Nabawan kesal dengan tindakan pihak berkuasa tempatan daerah ini yang merobohkan rumah panjang tanpa memaklumkan kepada pihak MAN.

Ketua Daerah Nabawan OKK Sayau Tangkap berkata, tindakan itu melanggar adat istiadat suku kaum di daerah ini.

“Sepatutnya MAN dimaklumkan terlebih dahulu sebelum tindakan merobohkan rumah panjang yang dibina oleh ketua-ketua adat di daerah ini yang digunakan pada sambutan Pesta Kaamatan 2016,” katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.

Katanya, rumah panjang yang berukuran lebih kurang 120 kaki itu dibina oleh penduduk dari setiap mukim yang diketuai oleh Ketua-Ketua Anak Negeri di mukim-mukim berkenaan.

“Kita bukan menghalang rumah panjang itu dirobohkan kalau ia tidak selamat digunakan lagi atau tapak itu diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan, tetapi maklumkanlah kepala pihak MAN supaya ketua-ketua adat mengetahuinya,” jelasnya.

Menurut OKK Sayau, rata-rata ketua adat di daerah ini terkejut dengan tindakan pihak berkuasa tempatan di sini yang meroboh dan membakar rumah panjang itu kerana tidak dimaklumkan.

Beliau berkata, jika ketua-ketua adat dimaklumkan, mungkin mereka pun turut sama dalam kerja-kerja merobohkan rumah panjang itu kerana mereka juga perlu mengutip bahan-bahan yang masih diperlukan.

Dalam perkembangan lain OKK Sayau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan melalui adat istiadat kerana perbuatan itu jelas membelakangi adat istiadat.

Katanya, jika menurut adat istiadat, pihak yang terlibat dalam kerja-kerja perobohan rumah panjang itu boleh dikenakan ‘sogit’ yang akan difikirkan setimpal dengan perbuatan itu. OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse